More

    U Mobile diiktiraf telko paling bertambah baik di Malaysia, diikuti Unifi dan Digi

    Terkini, Opensignal kembali lagi dengan laporan tentang Global Mobile Network Experience Awards 2021 yang mengiktiraf beberapa rangkaian telekomunikasi (telko) dengan prestasi yang baik. Laporan ini turut mengiktiraf telko yang paling bertambah baik di Malaysia.

    Menurut Opensignal, pengguna telko U Mobile mengalami penambahbaikan dari segi sambungan rangkaian mudah alih. U Mobile ialah salah satu telko di Malaysia yang tersenarai dalam hampir semua kategori Global Rising Star (4 daripada 5 kategori) termasuklah pengalaman video, pengalaman suara aplikasi, pengalaman muat turun dan ketersediaan 4G.

    Unifi dan Digi turut dinyatakan dalam laporan berdasarkan pencapaian masing-masing. Contohnya Unifi diiktiraf berprestasi baik dalam kategori pengalaman video dan pengalaman muat turut yang menjadikannya tergolong dalam status Global Rising Star.

    Secara purata, pengalaman video pengguna Unifi meningkat sebanyak 13.1%, pengalaman muat naik pelanggan Digi pula meningkat sebanyak 26.8%.

    Untuk melihat laporan penuh, anda boleh klik pada pautan ini. Untuk melihat laporan lepas dari Opensignal, anda boleh ke pautan ini.

    Anda juga boleh menyemak cara untuk melajukan Internet di telefon dan WiFi tanpa disaman SKMM. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured