fbpx
More

    Kenapa Internet perlahan? Cara lajukan Internet di telefon, WiFi tanpa disaman SKMM

    Mungkin sebelum ini, anda tidak merasa sebarang tekanan melalui kebergantungan terhadap penggunaan Internet. Namun, sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada Mac 2020, kebanyakan pengguna semakin banyak bergantung kepada Internet sama ada data mudah alih atau rangkaian WiFi di rumah.

    Untuk pengguna Internet yang berterusan, anda pasti menyedari kelajuan Internet yang semakin perlahan sejak bermulanya PKP pada awal tahun lalu. Buktinya, terdapat laporan yang merekodkan aduan Internet perlahan dan liputan 4G yang teruk di Malaysia.

    Ini sebab utamanya!

    Seperti yang kami sudah nyatakan, kebanyakan pengguna semakin bergantung kepada keperluan Internet. Ia sememangnya sudah terang lagi bersuluh, namun apakah penjelasan di sebalik status ramai pengguna yang memberi tekanan kepada prestasi Internet?

    Terdahulu, sebuah firma analisis Opensignal telah mengeluarkan laporan mengenai prestasi Internet di negara Malaysia yang terjejas akibat akibat peningkatan penggunaan, terutama sewaktu PKP mula dilaksanakan. Melalui laporan berasaskan data pada bulan Mac 2020 tersebut, Malaysia adalah negara kedua tertinggi yang mengalami tekanan Internet, didahului dengan negara Iran. Tidak terhenti di situ, terdapat laporan yang memperlihatkan prestasi kelajuan muat turun yang menjunam pada bulan Mac 2020.

    Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) kemudiannya tampil dengan penjelasan bahawa peningkatan pengguna Internet telah menyumbang kepada aliran trafik Internet yang sesak dan menjadi faktor penurunan kadar kelajuan muat turun. Namun, pihak penyedia perkhidmatan seperti syarikat telekomunikasi berusaha keras untuk menampung keperluan Internet seperti menambah kapasiti lebar jalur.

    Menurut Ookla (syarikat yang bertanggungjawab terhadap Speedtest), bukan Malaysia sahaja yang mengalami prestasi Internet perlahan ini, tetapi seluruh dunia sejak pandemik melanda. Isu ini sepertinya berpanjangan sepanjang tahun 2020, walaupun negara sudah melaksanakan PKPB atau PKPP.

    Sepertinya, kita tidak boleh mengelak dari faktor utama yang menyebabkan kekurangan prestasi Internet di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Berita dari pelbagai pelusuk sumber ada yang mendedahkan bahawa pihak penyedia sudah berusaha untuk meningkatkan taraf Internet dan kami berharap agar usaha ini diteruskan sehinggalah rangkaian Internet sama ada WiFi atau data mudah alih kembali stabil.

    Cara lajukan Internet (telefon pintar)

    Kami mungkin tidak menyenaraikan kesemua sebab Internet di telefon pintar anda perlahan. Antara sebab yang kami ingin utarakan adalah seperti di bawah, berserta cara untuk memperbaik kelajuan Internet di telefon pintar anda.

    #1 Buang aplikasi/widget yang menggunakan Internet anda

    Sumber: XDA Developers

    Jika anda mempunyai aplikasi yang tidak digunakan, anda boleh membuangnya terus dari telefon pintar. Sama seperti widget, mana-mana widget yang menggunakan data atau Internet seperti widget cuaca yang memerlukan kemas kini maklumat tidak perlu dipaparkan di skrin.

    Jangan lupa untuk menutup aplikasi yang tidak digunakan agar ia tidak menjalankan sebarang aktiviti semasa anda menggunakan aplikasi lain.

    #2 Bersihkan cache di telefon

    Pelayar-pelayar contohnya Safari atau Chrome biasanya menyimpan cache agar pengalaman anda melayari halaman lebih laju. Namun, kandungan cache yang terlalu banyak boleh memperlahankan peranti. Selain pelayar, anda juga boleh memadam cache di aplikasi. Jika tiada fungsi pemadaman cache di aplikasi, anda boleh memadam aplikasi dan memuat turunnya kembali.

    #3 Menetapkan semula tetapan rangkaian

    Sumber: Business Insider

    Jika anda sudah melakukan perkara di atas tetapi Internet anda masih terasa perlahan, anda boleh cuba untuk menetapkan semula tetapan rangkaian (Reset Network Settings). Kedua-dua peranti jenis iOS atau Android memiliki tetapan ini di telefon.

    Sebenarnya, menetapkan semula rangkaian ini bukan sahaja boleh dilakukan jika anda mengalami masalah Internet perlahan, tetapi juga apabila menghadapi isu Bluetooth.

    #4 Guna aplikasi yang boleh melajukan Internet

    Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa aplikasi pelaju Internet yang boleh anda gunakan. Ada antara aplikasi yang mencari pelayan sama ada VPN atau DNS. Ada juga aplikasi yang melajukan Internet dengan menukar tetapan rangkaian di telefon dan sebagainya. Anda boleh rujuk beberapa aplikasi pelaju Internet seperti di bawah.

    • Internet Optimizations (Android
    • Net Optimizer | Optimize Your Internet Speed (Android)
    • Network Signal Speed Booster (Android)

    Untuk pengguna iOS, setakat pengetahuan kami semasa menulis artikel ini, tiada aplikasi pelaju Internet yang tersedia melainkan aplikasi yang dapat membantu anda mencari rangkaian untuk Internet yang lebih pantas atau pengesan kelajuan Internet seperti Speedtest by Ookla atau Opensignal.

    #5 Peranti anda sudah ingin pencen

    Jika anda memiliki telefon pintar yang sudah lama digunakan dan menjangkaui tempoh kira-kira 5 tahun ke atas, anda mungkin ingin mempertimbangkan cadangan untuk membeli peranti baru. Telefon kelas andalan biasanya boleh bertahan lebih lama kerana cipsetnya mampu untuk menampung keperluan aplikasi yang semakin dinaik taraf dari masa ke masa.

    Industri telefon pintar kini dilihat mengeluarkan pelbagai peranti dalam kelas pertengahan dan kelas permulaan dengan spesifikasi yang baik. Telefon yang menyokong 5G kini sudahpun mula hadir dengan penawaran harga yang tidak cekik darah. Semakin hari, aplikasi dalam telefon pintar akan sentiasa dikemas kini dan lama-kelamaan, peranti juga perlu ditukar ganti untuk menampung keperluan ini.

    Cara lajukan Internet (WiFi)

    Menurut laporan, kebanyakan pengguna di Malaysia menggunakan data mudah alih berbanding WiFi. Perkara ini tidak mengejutkan kerana ketersediaan WiFi di beberapa kawasan masih lagi lemah. Jika anda memiliki rangkaian WiFi di rumah, terdapat beberapa cara untuk melajukan WiFi anda selain dari but semula (reboot).

    #1 Semak jika ada pengguna WiFi tanpa izin!

    Pengguna WiFi tanpa izin mungkin menjadi penyumbang kepada Internet WiFi anda yang perlahan. Anda mungkin sudah mengetahui beberapa perisian atau aplikasi tertentu untuk menyemak senarai peranti yang menggunakan WiFi anda. Namun, kami akan mengesyorkan satu aplikasi iaitu Fing-Network Scanner (iOS | Android).

    Jika anda tahu mengenai perisian atau aplikasi lain yang baik untuk fungsi ini, anda boleh mengongsikan cadangan anda di ruangan komen halaman Facebook kami.

    #2 Ubah lokasi penghala

    Adakah kedudukan penghala (router) WiFi anda boleh menjadi punca? Mungkin juga! Oleh itu, cuba tukar lokasi penghala anda. Menurut sumber, anda perlu meletakkan penghala di ruang tengah, kedudukan lebih tinggi dari peranti anda dan jauhkan dari barangan elektronik atau logam yang mengeluarkan gelombang elektromagnetik kerana ia boleh mengganggu isyarat WiFi.

    Seperti yang anda lihat pada gambar, kedudukan penghala di lokasi yang lebih baik akan memberi isyarat yang baik untuk kesemua gajet anda yang memerlukan Internet.

    #3 Melabur untuk alat WiFi Booster

    Jika rumah anda mempunyai ruang yang luas atau anda tinggal di rumah lebih satu tingkat, anda perlu mempertimbangkan WiFi Booster atau ada juga yang mengenalinya sebagai WiFi Extender dan WiFi Repeater.

    Alat ini mampu memperoleh isyarat WiFi anda dan memperkuat isyarat sebelum ianya dihantar ke peranti anda. Untuk pembelian, kami menasihatkan anda untuk membeli dengan pengedar yang berdaftar dengan SKMM agar tiada isu yang bangkit di masa hadapan. Pembelian alat sebegini juga perlu dititik beratkan agar anda mempunyai jaminan jika ianya rosak dan sebagainya.

    #4 Ganti penghala atau antena baru

    Jika anda menggunakan penghala yang mempunyai antena yang bersaiz kecil, anda mungkin perlu menukar kepada antena yang bersaiz besar. Penukaran ini boleh membenarkan antena untuk menghantar isyarat desibel (dB) yang tinggi, menjadikan WiFi anda lebih pantas.

    Jika wang bukan masalah atau penghala anda adalah penghala lama, anda perlu menukar ganti penghala. Sepantas mana pun kelajuan Internet yang anda beli melalui pakej WiFi, penghala yang sudah uzur tidak akan berupaya untuk memberi nikmat kepantasan Internet tersebut untuk anda. Terdapat pelbagai penghala yang tergolong dalam kategori mampu milik dan kami sarankan untuk anda membelinya dengan pengedar yang sah.

    Amaran dari SKMM!

    Menurut SKMM, pembelian sebarang alat Cellular Booster and Repeater (CBR) untuk menambah liputan atau isyarat internet sama ada dari pemancar atau peranti mudah alih yang tidak berdaftar boleh disabit kesalahan. Untuk itu, jika anda ingin membeli sebarang alat pelaju Internet, anda perlu membeli dari pengedar yang berdaftar atau syarikat telekomunikasi yang sah.

    Anda boleh merujuk berita rasmi mengenai amaran dari SKMM di pautan ini.

    Anda ada cadangan mengenai cara untuk melajukan Internet sama ada di telefon pintar atau untuk melajukan WiFi? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    realme 12x 5G akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    realme Malaysia bakal melancarkan varian terbaru dalam siri telefon pintar kelas pertengahan realme 12 iaitu realme 12x 5G. realme mengatakan ia adalah...

    MediaTek Dimensity 6300 diumum, cipset 5G untuk telefon pintar segmen pertengahan

    MediaTek menawarkan pasaran telefon segmen pertengahan dengan cipset Dimensity 6300 5G terbaharu. Cip ini dihasilkan dengan proses 6nm dan menawarkan peningkatan sederhana...

    vivo V30e dengan SD 6 Gen 1, skrin 120Hz bakal dilancarkan pada 2 Mei...

    Mengikut pengumuman rasmi, vivo akan memperkenalkan vivo V30e di India pada 2 Mei 2024. Peranti ini dijangka menggunakan paparan AMOLED melengkung 6.78...

    Blackview Hero 10 mungkin jadi telefon boleh lipat paling murah di dunia

    nubia Flip 5G yang dilancarkan awal bulan ini dengan harga RM2,499 merupakan telefon boleh lipat paling murah dalam pasaran. Namun, itu tidak...

    Maybank bakal gantikan pemberitahuan SMS kepada pop timbul aplikasi bermula 22 April ini

    Maybank mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan dasar pemberitahuan baharu mulai 22 April 2024 dan akan menggunakan pemberitahuan pop timbul aplikasi (APP) untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X