More

    Samsung Galaxy A72 mungkin bakal jadi Galaxy A pertama dengan Space Zoom

    Teknologi zum kamera Space Zoom merupakan salah satu ciri yang menarik dalam telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21. Kini ciri tersebut bakal diperkenalkan dalam telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A72 di mana ia akan menawarkan Space Zoom sebanyak 30x.

    Menurut sumber, Galaxy A72 akan dilengkapi empat kamera iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera telefoto 8MP yang boleh membuat zum optikal 3x dan kamera makro 5MP. Fungsi Space Zoom mungkin akan menggabungkan kebolehan kamera telefoto dengan bilangan megapiksel yang besar pada kamera utama. Di hadapan pula, ia mempunyai kamera swafoto 32MP.

    Di samping itu, ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 720G, RAM 8GB, storan 256GB, skrin Super AMOLED Infinity-O Full HD+ berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 90Hz, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 25W. Buat penggemar audio pula, ia dilengkapi dwi-pembesar suara stereo yang mempunyai teknologi Dolby Atmos.

    Sumber tidak menerangkan harganya namun laporan sebelum ini mengatakan ia mungkin akan dijual pada harga bermula €450 (~RM2,217). Tarikh pelancarannya juga masih belum dimuktamadkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A72 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured