More

    ASUS dan Acer akan naikkan harga komputer riba sebanyak 10% pada suku kedua 2021

    Dua buah syarikat komputer dari Taiwan iaitu ASUS dan Acer bakal menaikkan harga jualan komputer mereka sehingga 10% pada suku kedua 2021. Peningkatan ini dilaksanakan kerana masalah kekurangan semikonduktor sedunia yang telah menjejaskan penghasilkan pelbagai produk elektronik.

    Perkara ini didedahkan oleh Taiwan Economic Daily yang mengatakan keperluan untuk bekerja dari rumah telah meningkatkan permintaan untuk komputer riba secara mendadak, lantas menyukarkan syarikat komputer untuk menghasilkan bekalan komputer riba yang cukup untuk memenuhi permintaan tinggi.

    Digabungkan lagi dengan masalah kekurangan semikonduktor, membuatkan bekalan komputer pada tahun ini menjadi lebih rendah daripada biasa. Ini telah memaksa ASUS dan Acer untuk meningkatkan harga komputer riba mereka sekitar 5% hingga 10%, iaitu peningkatan harga yang agak ketara dalam masa 10 tahun lepas.

    Seorang pengerusi Acer bernama Chen Junsheng mengatakan Acer hanya mampu menghasilkan satu daripada tiga pesanan komputer riba oleh pelanggan. Beliau meramal bahawa permintaan untuk PC akan kekal tinggi sepanjang tahun ini namun bekalannya akan kekal rendah dan tidak mampu memenuhi permintaan tersebut. Disebabkan oleh harga komponen yang meningkat, Acer juga terpaksa meningkatkan harga jualan komputer ribanya.

    ASUS juga mempunyai masalah kekurangan bekalan sekitar 25% hingga 30%. Mereka menghuraikan peningkatan harga ini sebagai peningkatan yang agak ketara buat kali pertama dalam sejarah. Laporan Taiwan Economic Daily itu turut meramal bahawa syarikat komputer lain akan mengikut langkah yang sama seperti ASUS dan Acer.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured