More

    Data 1.3 juta pengguna Clubhouse telah dibocorkan

    Selepas Facebook mengalami masalah kebocoran data pengguna pada minggu lepas, kini aplikasi perkongsian audio Clubhouse juga mengalami musibah yang sama. Menurut sumber, data untuk 1.3 juta pengguna Clubhouse telah dibocorkan dalam sebuah forum untuk penggodam.

    Antara data yang telah diperolehi dalam kes ini adalah kata nama (username), nama penuh, maklumat media sosial lain seperti Twitter dan Instagram, bilangan pengikut, nama profil orang yang menjemput ke dalam Clubhouse dan banyak lagi. Dengan data ini, pihak tidak bertanggungjawab boleh melaksanakan scam, mencuri identiti atau mengakses akaun pengguna Clubhouse lain.

    Setakat ini, data yang terbocor hanyalah maklumat profil dan bukan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit atau dokumen perundangan. Walau bagaimanapun, maklumat profil sahaja sudah mencukupi untuk membuat scam atau mencuri identiti pengguna Clubhouse untuk dijadikan kambing hitam atau sebarang aktiviti jenayah.

    Bagi meningkatkan tahap keselamatan, pengguna Clubhouse dinasihati untuk berwaspada dengan sebarang mesej yang meragukan dalam mana-mana platform, menukar kata laluan kepada yang lebih kukuh dan mengaktifkan pengesahan dua langkah (two-factor authentication). Anda juga boleh semak dalam laman web Cyber News untuk mengetahui sama ada data anda telah dibocorkan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Cyber News

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured