More

    Sistem operasi iOS 14.5 dilancar, pengguna iPhone kini boleh guna Face Unlock sambil pakai pelitup muka

    Apple hari ini telah memperkenalkan sistem operasi iOS 14.5 untuk iPhone, iPadOS 14.5 untuk iPad dan watchOS 7.4 untuk Apple Watch. Kemas kini ini memperkenalkan beberapa fungsi baru dan di antara yang paling menarik adalah kebolehan untuk menggunakan Face Unlock tanpa perlu menanggalkan pelitup muka. Memandangkan pelitup muka adalah aksesori yang kerap dipakai sewaktu wabak COVID-19 yang masih menular, ini adalah fungsi yang sangat membantu pengguna Apple.

    Walau bagaimanapun, fungsi ini memerlukan pengguna untuk memakai Apple Watch yang dilengkapi sistem operasi watchOS 7.4. Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda perlu pergi ke tetapan Face ID & Passcode dalam iPhone, kemudian aktifkan fungsi Unlock With Apple Watch.

    Untuk tetapan Apple Watch pula, anda perlu hidupkan fungsi Passcode kerana ia akan mengunakan kata laluan untuk membuka telefon buat kali pertama menggunakan Face Unlock sambil memakai pelitup muka. Pengguna kemudian tidak perlu menaipkan kata laluan sekali lagi, namun jika Apple Watch ditanggalkan, pengguna masih perlu menaipkan kata laluan sebaik sahaja ia dipakaikan semula.

    iOS 14.5 juga memperkenalkan App Tracking Transparency yang membenarkan pengguna untuk mengawal aplikasi manakah yang boleh mengakses data pengguna sewaktu mereka melayari internet. Sebaik sahaja fungsi ini diperkenalkan, setiap aplikasi perlu meminta izin daripada pengguna jika aplikasi itu ingin menjejak data pengguna dalam aplikasi lain.

    Pemberitahuan oleh App Tracking Transparency
    Emoji baru dalam iOS 14.5

    iOS 14.5 juga memperkenalkan sokongan untuk peranti penjejak AirTag, 14 suara baru untuk sistem pembantu suara Siri, menentukur semula (recalibrate) penggunaan bateri, emoji baru, sokongan controller PlayStation 5 dan Xbos Series X, aplikasi Apple yang dinaik taraf dan banyak lagi.

    Kongsi pendapat anda tentang sistem operasi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured