fbpx
More

    Redmi K dengan cipset Dimensity 1100 mungkin akan dilancar

    Telefon pintar gaming yang pertama oleh Redmi, Redmi K40 Game Enhanced Edition, mendapat sambutan yang amat menggalakkan di China, apabila gajet itu mencapai jualan 100,000 unit dalam masa satu minit sahaja. Kini mungkin terdapat laporan bahawa Redmi akan menghasilkan varian yang lebih rendah untuk telefon gaming tersebut.

    Menurut sumber, Redmi akan menghasilkan sebuah lagi peranti dalam siri Redmi K yang dilengkapi cipset andalan MediaTek Dimensity 1100 (MT6891). Sebagai rujukan, Redmi K40 Game Ehanced Edition asal yang dilancar pada bulan April dilengkapi cipset Dimensity 1200 (MT6893).

    Kedua-dua cipset telah dilancar dalam waktu yang sama pada awal tahun ini, di mana kedua-duanya tidak mempunyai banyak perbezaan. Dua cipset tersebut dibuat dengan proses 6nm dan dilengkapi unit GPU Mali-G77. Satu perbezaan adalah Dimensity 1100 tidak dilengkapi satu teras Cortex-A78 3.0GHz yang terdapat pada Dimensity 1200 dan sebaliknya dilengkapi terus Cortex-A78 2.6GHz.

    Ini mungkin bermakna Redmi akan menghasilkan versi “Lite” untuk Redmi K40 Game Enhanced Edition. Telefon ini dijangka akan dilengkapi spesifikasi yang serupa dengan telefon yang telah dilancar pada bulan lalu, dengan skrin Full HD+, kamera utama 64MP, pengecasan pantas 67W dan bateri 5,000mAh.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Redmi yang dilengkapi Dimensity 1100 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Google perkenal ciri perlindungan kecurian untuk keselamatan peranti dan data anda

    Telefon pintar membantu pengguna menyimpan maklumat peribadi dan data berharga menjadikannya sasaran yang menarik untuk kecurian. Untuk meningkatkan keselamatan, satu set baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X