Samsung telah melancarkan telefon kelas pertengahan Samsung Galaxy F52 5G di China yang dilengkapi cipset Snapdragon 750G, iaitu cipset sama yang terdapat dalam Samsung Galaxy M42. Ia turut dilengkapi skrin Full HD+ berukuran 6.6 inci dengan kadar segar semula 120Hz untuk penggunaan yang lebih lancar.
Galaxy F52 5G dilengkapi RAM 8GB, storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 25W dan perisian One UI 3.1 berdasarkan Android 11. Ia turut dilengkapi bicu audio 3.5mm, port USB-C dan pengimbas cap jari.

Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, dan dua kamera 2MP manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 16MP. Kamera utamanya boleh merekod video dalam resolusi 4K pada kadar 30fps.
Ia akan dijual di China pada harga CNY1,999 (~RM1,286). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Samsung China






