More

    RedmiBook Pro dilancar: Komputer riba AMD Ryzen dengan skrin 15.6 atu 14 inci berharga ~RM2,790

    Selepan melancarkan komputer riba yang dilengkapi cipset Intel Core pada bulan Februari, Redmi kini telah melancarkan sebuah lagi komputer riba RedmiBook Pro yang dilengkapi cipset AMD Ryzen pula. Komputer itu bakal ditawarkan dalam dua saiz skrin iaitu 14 inci dan 15.6 inci, masing-masing dilengkapi dengan cipset Ryzen berbeza.

    RedmiBook Pro 15 akan dilengkapi cipset Ryzen 5 5600H atau Ryzen 7 5800H manakala unit grafik pula adalah GPU bersepadu (integrated) Radeon. Skrin berukuran 15.6 inci itu mempunyai resolusi 3200×2000, nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 90Hz, gamut warna sRGB 100%, keterangan 300 nits dan nisbah kontras 1,500:1.

    Komputer yang mempunyai berat 1.8kg ini dilengkapi bateri 70WHr yang menyokong pengecasan pantas 100W.

    RedmiBook Pro 14 pula dilengkapi skrin 14 inci dengan resolusi 2560×1600, gamut warna sRGB 100%, keterangan 300 nits dan kadar segar semula 60Hz sahaja. Ia juga lebih ringan daripada RedmiBook Pro 15, dengan berat sekadar 1.42kg. Baterinya juga lebih kecil iaitu sekadar 56Whr dengan pengecasan pantas 65W sahaja.

    Redmi mengatakan bateri RedmiBook pro boleh bertahan sehingga 14 jam untuk kegunaan asas. Selain itu, kedua-dua komputer juga dilengkapi dua port USB-C, satu port USB-A, port HDMI, bicu audio 3.5mm, sokongan Wi-Fi 6, butang kuasa yang boleh mengimbas cap jari, RAM 16GB dan SSD 512GB. Ia akan dijual di China pada harga:

    RedmiBook Pro 14 (Ryzen 5500U): CNY4,300 (~RM2,790)
    RedmiBook Pro 14 (Ryzen 5700U): CNY4,700 (~RM3,050)
    RedmiBook Pro 15 (Ryzen 5600H): CNY4,800 (~RM3,115)
    RedmiBook Pro 15 (Ryzen 5800H): CNY5,300 (~RM3,430)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaanya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan RedmiBook Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured