More

    Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S8 tertiris, bakal ditawarkan dalam 3 varian utama

    Siri tablet andalan seterusnya oleh Samsung, Samsung Galaxy Tab S8, dijangka akan dilancarkan lewat tahun ini dalam tiga varian utama iaitu Galaxy Tab S8, Galaxy Tab S8+ dan Galaxy Tab S8 Ultra. Media Korea Selatan telah melaporkan beberapa spesifikasi awal untuk ketiga-tiga varian tersebut.

    Galaxy Tab S8 dilengkapi skrin LCD berukuran 11 inci dengan kadar segar semula 120Hz, dwi-kamera 13MP+5MP, kamera hadapan 8MP, pengimbas cap jari di bahagian sisi, RAM 8GB, storan 128GB atau 256GB, empat pembesar suara, stilus S Pen, bateri 8,000mAh dan pengecasan pantas 45W.

    Galaxy Tab S8+ pula dilengkapi spesifikasi yang lebih besar berbanding Galaxy Tab S8, dengan skrin OLED berukuran 12.4 inci dengan kadar segar semula 120Hz, pengimbas cap jari dalam skrin dan bateri 10,090mAh. Selain daripada spesifkasi yang dinyatakan, ia mempunyai spesifikasi yang sama dengan Galaxy Tab S8.

    Senarai spesifikasi oleh media Korea Selatan

    Tablet yang terbesar dalam siri ini adalah Galaxy Tab S8 yang bakal dilengkapi skrin OLED 14.6 inci 120Hz, dwi-kamera hadapan 8MP+5MP, pengimbas cap jari dalam skrin dan bateri 12,000mAh. Setakat ini namanya masih belum diketahui, namun ia mungkin akan dinamakan sebagai Galaxy Tab S8 Ultra, serupa seperti varian tertinggi dalam siri telefon Galaxy S21.

    Varian terbesar ini akan ditawarkan dalam gabungan memori 8GB+128GB atau 12GB+512GB, manakala nisbah skrin-ke-badan pula adalah sebanyak 92%, menjadikannya tablet dengan sempadan bezel yang paling nipis dalam pasaran. Walau bagaimanapun, maklumat cipset untuk ketiga-tiga varian masih belum diketahui.

    Untuk harganya pula, Galaxy Tab S8 dijangka akan dijual pada harga bermula KRW829,000 (~RM3,080), Galaxy Tab S8+ pada harga KRW1,149,000 (~RM4,265) dan Galaxy Tab S8 Ultra pada harga KRW1,469,000 (~RM5,455).

    Jika anda berminat untuk memiliki tablet andalan Samsung sekarang, jangan lupa untuk baca ulasan kami tentang Samsung Galaxy S7+ yang menampilkan pelbagai spesifikasi canggih.

    Perlu diingati bahawa ini hanyalah maklumat awal yang belum disahkan oleh Samsung. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Galaxy Tab S8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: @FrontTron

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured