More

    watchOS 8 dilancar: Muka jam dengan Portrait Mode, kunci digital, senaman Taichi dan banyak lagi

    Selain melancarkan iOS 15, iPadOS 15 dan macOS Monterey dalam acara Worldwide Developers Conference, Apple turut melancarkan sistem operasi terbaru untuk jam tangan pintar iaitu watchOS 8.

    Antar fungsi yang paling menarik adalah gambar yang diambil dengan Portait Mode dalam iPhone kini boleh dipaparkan pada muka jam Apple Watch. Memandangkan jam tangan tersebut akan digabungkan dengan sebuah iPhone, ia boleh mengambil sebarang foto yang diambil menggunakan Portrait Mode atau photo highlights dari Memories. Pengguna juga boleh berkongsi telefon melalui Messages atau Mail dalam Apple Watch.

    Sistem operasi ini juga membenarkan pengguna Apple Watch untuk mengawal pelbagai peranti pintar di dalam rumah. Pengguna boleh menggunakan Apple Watch untuk membuka kunci pintu, mengakses kamera keselamatan dan banyak lagi. Ia juga akan menjejak rutin harian anda berdasarkan waktu jam dan menunjukkan status untuk setiap peranti daripada segi bateri, kemas kini perisian atau menutup lampu.

    Seperti iOS 15, pengguna Apple Watch boleh menyimpan kunci digital dalam jam tangan itu selepas ia menerima kemas kini watchOS 8. Jika anda menyimpan sebuah Home Key, ia boleh digunakan dengan pelbagai jenama kunci. Kunci digital juga merangkumi kunci kereta, kad pengenalan diri, kad kredit/debit, Apple Cash, kad hadiah (gift cards) dan tiket penerbangan. Kunci tersebut boleh dikongsi dengan ahli keluarga melalui Family Sharing.

    Daripada segi kesihatan, watchOS 8 memperkenalkan senaman Pilates dan Tai Chi dalam Workout dan terdapat juga pelatih baru yang akan menganjurkan program senaman dalam Apple Fitness+ iaitu Jeanette Jenkins. Aplikasi Breathe pula telah direka semula dan dinamakan sebagai Mindfulness. Ia menampilkan beberapa animasi yang akan membantu pengguna untuk bertapa dan senaman pernafasan.

    watchOS 8 layak diterima oleh Apple Watch Series 3, Series 4, Series 5, Series 6 dan Watch SE. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured