More

    OnePlus Nord N200 5G FCC dapat pengiktirafan AS dan Bluetooth SIG

    Selepas melancarkan telefon pintar kelas pertengahan OnePlus Nord CE 5G pada minggu lepas, kini OnePlus akan melancarkan sebuah lagi telefon dalam kategori tersebut iaitu OnePlus Nord N200 5G. Terbaru, telefon tersebut telah pun mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

    Nord N200 5G mendapat pengiktirafan Federal Communications Commission (FCC) dengan nombor model DE2117 dan DE2118, di mana dua nombor tersebut mewakili dua varian untuk Nord N200 yang akan dipasarkan secara berlainan untuk setiap negara.

    Pengiktirafan dalam Bluetooth SIG

    Selain FCC, pertubuhan Bluetooth Special Interest Group (SIG) juga telah memberikan pengiktirafan untuk telefon dengan nombor model DE2118.

    Memandangkan ia adalah penyambung kepada OnePlus Nord N100, telefon ini dijangka akan dilengkapi spesifikasi setaraf seperti skrin HD 90Hz, bateri 5,000mAh atau Snapdragon 480. Sebelum ini, OnePlus telah pun mengesahkan kewujudan Nord N200 5G dengan PCMag namun mereka tidak menyatakan tarikh pelancaran secara rasmi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured