fbpx
More

    POCO X3 GT dikesan di pensijilan FCC, mungkin akan dilancar tidak lama lagi

    Sebelum ini, Xiaomi telah melancarkan Redmi Note 10 Pro 5G di China dan ia telah mendapat sambutan yang baik. Kemudiannya, telefon tersebut dikhabarkan akan memasuki pasaran global sebagai POCO X3 GT.

    Kini, peranti tersebut dilihat telah melepasi pensijilan FCC. Ini bermakna ia mungkin akan memasuki pasaran dalam masa yang terdekat.

    Redmi Note 10 Pro 5G (China) hadir dengan skrin 6.6 inci LCD 120Hz, cipset Mediatek Diimensity 1100 5G, bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 67W. Ia juga dilengkapi tiga kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 64MP.

    Jika anda tidak tahu, Redmi Note 10 Pro 5G yang dilancar di China adalah model yang berbeza dengan Redmi Note 10 Pro 5G di pasaran global.

    POCO X3 GT dikhabarkan akan dijual pada tanda harga sekitar €300 (~RM1,474).

    Berikan komen anda mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X