More

    Samsung mungkin akan tangguh pelancaran GPU yang dibuat bersama AMD

    Sebelum ini, Samsung dilaporkan telah bekerjasama dengan Advanced Micro Devices (AMD) bagi menghasilkan unit pemproses grafik (GPU) baru untuk kegunaan telefon pintar dan ia sepatutnya dilancar pada bulan Jun. Walau bagaimanapun, Samsung mungkin terpaksa menangguhkan pelancaran produk tersebut.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Ice Universe, GPU tersebut bakal ditangguhkan ke bulan Julai namun sebab penangguhan tersebut masih belum diketahui.

    Pada bulan Mei, AMD mengatakan GPU yang dihasilkan bersama Samsung itu akan dibina berdasarkan seni bina RDNA2, serupa dengan GPU dalam konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X. GPU tersebut bakal dilengkapi dalam cipset andalan Exynos.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured