More

    Spesifikasi Samsung Galaxy M52 5G tertiris, mungkin dilengkapi Snapdragon 778G

    Maklumat tentang sebuah telefon pintar kelas pertengahan oleh Samsung telah tertiris dalam laman web penanda aras Geekbench. Telefon dengan nombor model SM-M526BR telah dikesan dalam laman web itu di mana ia dipercayai merupakan nombor untuk Samsung Galaxy M52 5G.

    Telefon ini mencatatkan markah 781 mata dalam ujian teras tunggal dan 2,844 dalam ujian multi-teras. Dalam ruangan papan induk (motherboard), Geekbench menyenaraikan nama ‘lahaina’ iaitu kod nama untuk Snapdragon 888, namun frekuenci CPU dan GPU Adreno 642L lebih menyerupai kepada Snapdragon 778G.

    Memandangkan siri Galaxy M adalah sinonim dengan telefon kelas pertengahan, Snapdragon 778G adalah cipset yang lebih logik. Walaupun ia bukan cipset tercanggih, ia dibuat dengan proses 6nm dan mampu menghasilkan prestasi yang sangat laju untuk telefon kelas pertengahan.

    Telefon ini turut dilengkapi RAM 6GB dan sistem operasi Android 11. Sebelum ini, HONOR 50 Pro yang dilengkapi Snapdragon 778G juga telah disenaraikan dalam Geekbench dengan papan induk bernama ‘lahaina’.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SAMMobile

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured