More

    HUAWEI nova 8i dikesan di Geekbench dengan cipset Snapdragon 662 dan Android 10

    HUAWEI dijangka akan melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru mereka iaitu HUAWEI Nova 8i. Sebelum pelancarannya di Malaysia pada 6 Julai, peranti ini telah dikesan di penanda aras Geekbench dengan cipset Snapdragon 662.

    Berdasarkan penyenaraian di Geekbench, sebuah telefon dengan nombor model NEN-L22 (merujuk kepada nova 8i) diliihat menggunakan cipset Snapdragon 662. Telefon ini hadir dengan 4 teras CPU 1.80Ghz dan 4 teras 2.02GHz.

    Penyenaraian ini juga menunjukkan bahawa peranti ini hadir dengan RAM setinggi 8GB. Yang sedikit pelik, ia masih lagi dilengkapi perisian Android 10 dengan antara muka EMUI. Peranti ini mendapat markah setinggi 307 untuk teras tunggal dan markah 1290 untuk teras pelbagai.

    Untuk spesifikasi lain, nova 8i dijangka akan menggunakan skrin 6.67 inci IPS LCD dengan reka bentuk skrin punch-hole. Pada bahagian belakang, ia hadir dengan 4 kamera dengan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, dan dua sensor 2MP.

    Peranti ini mungkin hadir dengan bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Ia dilengkapi sensor cap jari sisi dengan tiga pilihan warna iaitu Moonlight Silver (perak), Starry Black (hitam) dan Interstellar Blue (biru).

    Nantikan pelancarannya di Malaysia beberapa hari lagi di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured