Antara ciri baru di telefon pintar yang hangat waktu kini adalah ciri virtual RAM. Beberapa telefon pintar yang baru dilancarkan sudah menyokong ciri ini termasuklah telefon Xiaomi dan realme. Terbaru, ciri ini diberikan ke telefon andalan OPPO Find X2 dengan penambahan setinggi 7GB RAM!
Dengan kemas kini terbaru OPPO ini, pengguna OPPO Find X2 dapat memilih untuk menambah sebanyak 3GB, 5GB atau 7GB RAM. Buat masa ini, hanya model Find X2 sahaja yang akan mendapat kemas kini ini.
Jika anda tidak tahu apa itu virtual RAM, ia adalah sebuah ciri yang membesarkan lagi bilangan RAM telefon anda dengan menggunakan memori storan. Ciri ini dapat menambahkan kelajuan dan ruang pada aplikasi latar belakang.
Kami menjangkakan lebih banyak peranti OPPO akan menyokong ciri ini dalam masa yang terdekat. OPPO A74 4G yang dilancar di Malaysia tidak lama lalu juga telah mendapat ciri virtual RAM setinggi 5GB.
Adakah anda berminat dengan virtual RAM ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknolgoi terkini.









