More

    Acer Nitro 5 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” Intel Core-H 11th Gen bermula RM4,799

    Acer Malaysia hari ini telah melancarkan komputer riba gaming terbaru iaitu Acer Nitro 5 yang dilengkapi pemproses 11th Gen Intel® Core™ H-series dan unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA GeForce RTX 3060. Edisi ini adalah berbeza dengan Nitro 5 yang telah dilancar pada bulan April, di mana varian itu dilengkapi pemproses AMD Ryzen.

    Selain pemproses dan GPU yang berkuasa tinggi, Nitro 5 turut dilengkapi RAM DDR4 sehingga 16GB dan storan PCIe NVMe SSD 512GB bagi menyediakan prestasi pantas untuk pelbagai game terkini. Pengguna juga boleh menambah RAM sehingga 32GB dan menggunakan ruang M.2 dalam komputer untuk tambahan storan SATA 2.5 inci.

    Daripada segi paparan, Nitro 5 dilengkapi skrin IPS Full HD berukuran 15.6 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan gamut warna NTSC 72%. Untuk hubungan internet yang kukuh, ia turut menyokong hubungan Wi-Fi 6 dan mempunyai port Ethernet (RI-45) yang menyokong Killer Ethernet E2600.

    Komputer ini dilengkapi perisian khas NitroSense yang membenarkan pengguna untuk meneliti suhu dalaman, prestasi muatan (loading), melaras kelajuan kipas dalaman serta mengubah corak pencahayaan RGB pada papan kekunci. Berikut adalah senarai harga untuk Nitro 5:

    • Acer Nitro 5 dengan Intel® Core™ i5-11400H dan RAM 8GB: RM4,799, dijual bermula akhir bulan Julai
    • Acer Nitro 5 dengan Intel® Core™ i7-11800H dan RAM 16GB: RM5,699, dijual bermula 5 Julai. Percuma Acer Gateway FAE-i5 pro Wireless Earphones (bernilai RM239) jika dibeli sebelum 9 Julai.

    Jika anda lebih berminat untuk mendapatkan Nitro 5 yang dilengkapi cipset AMD, pastikan anda baca ulasan kami terlebih dahulu di mana ia telah menghasilkan prestasi yang sangat bagus.

    Layari laman web Acer Malaysia atau laman rasmi Acer Malaysia di Shopee dan Lazada untuk maklumat lanjut tentang komputer ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...