More

    Siri HUAWEI MateView, siri HUAWEI Watch 3 dan FreeBuds 4 dilancar, harga serendah RM599

    Pada hari ini, selain dari pelancaran telefon pintar HUAWEI Nova 8i dan tablet HUAWEI MatePad, HUAWEI juga turut memperkenalkan beberapa gajet lain termasuklah siri HUAWEI MateView, siri HUAWEI Watch 3 dan HUAWEI FreeBuds 4.

    Kali ini, HUAWEI melancarkan dua monitor iaitu HUAWEI MateView dan HUAWEI MateView GT. HUAWEI MateView adalah sebuah monitor dengan skrin bersaiz 28.2 inci beresolusi 3840 x 2560 dan nisbah aspek 3:2. HUAWEI MateView ini boleh disambungkan ke telefon pintar, komputer riba dan tablet HUAWEI secara wayarles.

    Untuk HUAWEI MateView GT pula, ia adalah monitor pertama HUAWEI yang menggunakan skrin melengkung. Ia bersaiz 34 inci beresolusi 3440×1440 dengan nisbah skrin 21:9. Monitor ini menyokong kadar segar semula setinggi 165Hz dan sesuai untuk penggunaan gaming.

    Selain monitor MateView, HUAWEI juga perkenalkan jam tangan siri HUAWEI Watch 3 yang terdiri dari dua model termasuklah HUAWEI Watch 3 dan HUAWEI Watch 3 Pro.

    Jam tangan ini hadir dengan skrin melengkung dengan sarung besi tahan karat 316L. Ia juga dilengkapi butang ‘crown’ 3D yang menyokong kadar tekanan berbeza dan maklum balas haptik yang memudahkan penggunaan jam tangan ini.

    Tambahan lagi, ia juga hadir dengan 100++ mod sukan berbeza, pengesahan jatuh dan fungsi pengawalan kesihatan lain. Yang terbaru, jam tangan ini kini boleh menyokong pengesanan suhu kulit.

    Peranti yang terakhir pada acara pelancaran HUAWEI hari ini adalah HUAWEI FreeBuds 4. Fon telinga ini adalah seberat 4.1g sahaja namun menawarkan pelbagai ciri yang menarik. Antaranya adalah ciri pembatalan bunyi hingar aktif (ANC). FreeBuds 4 menggunakan Adaptive Ear Matching (AEM) untuk ciri ANC ini dan ia adalah fon telinga rekaan muat terbuka (open-fit) pertama dunia yang menyokong ciri ANC.

    Ia juga turut menggunakan diafragma komposit Liquid Crystal Polymer (LCP) yang menjanjikan bunyi beresolusi tinggi. FreeBuds 4 juga mudah untuk disambungkan ke peranti HUAWEI yang lain.

    "
    "

    Berikut adalah senarai harga produk serta hadiah percuma yang ditawarkan:

    ProdukHargaButiran
    HUAWEI MateViewRM2,988Pra tempahan bermula 7 Julai di HUAWEI Official Store, Lazada HUAWEI Flagship Store, Shopee HUAWEI Official Store.

    Rebat RM100 dan hadiah percuma HUAWEI WIFI AX3 Dual Core
    HUAWEI MateView GTRM2,488Pra tempahan bermula 7 Julai di HUAWEI Official Store, Lazada HUAWEI Flagship Store, Shopee HUAWEI Official Store.

    Rebat RM100 dan hadiah percuma HUAWEI WIFI AX3 Dual Core
    HUAWEI Watch 3 RM1,699Mula dijual bermula 7 Julai di HUAWEI Official Store, Lazada HUAWEI Flagship Store, Shopee HUAWEI Official Store
    HUAWEI Watch 3 ProRM2,199Mula dijual bermula 7 Julai di HUAWEI Official Store, Lazada HUAWEI Flagship Store, Shopee HUAWEI Official Store
    HUAWEI FreeBuds 4RM599Pra tempahan bermula 7 Julai di HUAWEI Official Store, Lazada HUAWEI Flagship Store, Shopee HUAWEI Official Store

    Hadiah percuma HUAWEI Band 4

    Jadi, adakah anda bakal membeli salah satu dari barisan produk ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured