fbpx
More

    Ulasan HUAWEI MateView GT – Monitor melengkung mantap untuk “gaming”

    Dalam usaha HUAWEI untuk meluaskan lagi rangkaian produk teknologi, mereka telah melancarkan monitor HUAWEI MateView GT bagi menawarkan produk visual yang menarik kepada gamers. Monitor ini menampilkan paparan melengkung berukuran 34 inci dengan kadar segara semula 165Hz, pencahayaan RGB terang dan dwi-pembesar suara dalaman SoundBar. Jadi adakah ia berbaloi dengan harganya sejumlah RM2,488? Ayuh ketahuinya dalam ulasan ini.

    Dengan saiz 34 inci, HUAWEI MateView GT adalah agak besar berbanding kebanyakan monitor lain yang selalunya berada dalam jurang 22 hingga 24 inci. Ciri-ciri skrin ini termasuklah nisbah aspek 21:9, resolusi 3440 x 1440, gamut warna DCI-P3 sebanyak 90%, kadar segar semula 165Hz, nisbah kontras 4000:1 dan keterangan 350 nits.

    Bahagian dasar monitor ini mempunyai dua pembesar suara
    Warna garis cahaya ini boleh ditetapkan dalam lapan pilihan warna

    Selain skrin menarik, ia turut dilengkapi pembesar suara dalaman SoundBar 5W x 2 yang dihalakan ke depan, bersama garisan cahaya mood light RGB dengan warna yang boleh diubahsuai. Pembesar suara ini menyokong kawalan sentuh (touch controls) jadi anda boleh laraskan tahap kelantangan dengan mudah. Anda juga boleh gantung monitor ini di hadapan dinding, jika ia merupakan keutamaan anda. Di bahagian bawah, ia mempunyai sebuah pengawal (joystick) kecil bagi mengendali menu di dalam monitor.

    Daripada segi hubungan, monitor ini mempunyai satu port USB-C untuk pemindahan data, satu port USB-C untuk bekalan kuasa, dua port HDMI 2.0, satu port DP1.4 dan bicu audio/mikrofon 3.5mm. Untuk rakaman audio, ia turut dilengkapi dua mikrofon DMIC.

    Skrin ini mempunyai lengkungan 1500R
    Sempadan bezel yang sangat nipis

    Bercakap tentang prestasinya, MateView GT menghasilkan imej yang sangat lancar tanpa sebarang kerlipan (flicker) untuk kegunaan gaming. Walau bagaimanapun, ketepatan warnanya tidak begitu tepat untuk kerja-kerja suntingan video. Ia pastinya adalah skrin yang menarik untuk menonton filem tapi pada pendapat saya, monitor ini adalah keterlaluan untuk tontonan filem sahaja.

    Audio daripada pembesar suara SoundBar adalah kuat dan jelas namun memandangkan kedudukannya telah ditetapkan dalam monitor ini, anda tidak boleh berbuat apa-apa jika anda ingin ubah kedudukan sumber audio. Selain itu, SoundBar ini juga membuatkan monitor ini mempunyai saiz yang sangat besar, jadi pastikan anda mempunyai ruang meja yang cukup.

    Lohong pengudaraan di bawah
    Boleh dicondongkan atau digantung pada dinding
    Banyak pilihan port di bahagian bawah

    Secara keseluruhannya, HUAWEI MateView GT adalah monitor melengkung yang menarik untuk gamers, terutamanya buat mereka yang inginkan pembesar suara bersama monitor mereka. Anda juga boleh hubungkan dua atau tiga monitor ini untuk pengalaman gaming yang lebih imersif serta bunyi persekitaran (surround sound), namun anda perlu pastikan komputer anda boleh menyokong penjanaan imej multi-monitor.

    Malang sekali, monitor ini tidak ditawarkan dalam resolusi 4K. Selain itu, kedudukan pembesar suaranya juga tidak boleh diubah. Sungguh pun begitu, monitor ini menawarkan fungsi yang berbaloi dengan harga RM2,488. Alternatif lain daripada Prism+ dan Xiaomi juga menawarkan monitor dalam jurang harga ini namun ia tidak mempunyai pembesar suara dalaman.

    Spesifikasi teknologi

    • Skrin 34 inci
    • Lengkungan 1500R
    • Nisbah aspek 21:9
    • Resolusi 3440 x 1440
    • Kadar segar semula 165Hz
    • Gamut warna 100% sRGB, DCI-P3 90%
    • Keterangan 250 nits
    • Nisbah aspek 4000:1
    • Ketepatan warna ΔE < 2
    • Sokongan HDR
    • Pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker Free
    • Pembesar suara SoundBar 5W x 2
    • 8 efek cahaya
    • Mikrofon DMIC x 2, boleh merakam suara sejauh 4 meter
    • VESA 100 x 100mm
    • Laras ketinggian 110mm
    • Sudut condongan -5° ~ 20° depan dan belakang
    • Satu USB-C (menyokong pemindahan data, paparan, pengecasan 10W)
    • Satu USB-C untuk bekalan elektrik
    • Dua port HDMI 2.0
    • Satu DP1.4
    • Satu bicu audio/mikrofon 3.5mm
    • Warna hitam

    Kelebihan dan kekurangan

    Kelebihan: Skrin lancar 165Hz, skrin melengkung 34 inci, dua pembesar suara 5W

    Kekurangan: Memerlukan ruang yang luas, bukan 4K, tidak boleh gerakkan SoundBar

    Kesimpulan: Bagus untuk gamers yang mempunyai meja besar

     

    Artikel Terkini

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Infinix GT 20 Pro akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    Infinix Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix GT 20 Pro, pada hari Khamis, 2 Mei 2024. Telefon kelas pertengahan ini bakal...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X