More

    Samsung Galaxy A12 dan Redmi 9A kini ditawarkan dalam program Jaringan PRIHATIN Digi

    Buat mereka yang ingin membeli telefon pintar dengan harga mampu milik, anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy A12 atau Redmi 9A daripada program Jaringan PRIHATIN Digi yang kini telah pun dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2021. Di bawah program ini, rakyat yang layak boleh mendapatkan rebat RM180 atau subsidi peranti sebanyak RM300.

    Redmi 9A akan ditawarkan bawah pakej Prihatin 35 Prepaid Bundle, di mana pelanggan layak menerima Redmi 9A secara percuma tanpa komitmen kontrak, serta subsidi sebanyak RM300. Pelanggan hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM100 untuk dapatkan data internet sebanyak 30GB untuk tiga bulan dan panggilan tanpa had setiap bulan. Selain itu, mereka turut menerima data percuma 2GB setiap hari selama setahun.

    Redmi 9A dan Samsung Galaxy A12 pula akan ditawarkan dalam pelan Prihatin 40 Postpaid Bundle dengan yuran pendaftaran sebanyak RM100. Untuk mereka yang menginginkan Samsung Galaxy A12, mereka perlu membayar sebanyak RM305 (RM205 untuk peranti dan RM100 untuk pelan).

    Bayaran RM100 itu akan dikembalikan kepada pelanggan melalui rebat RM10 dalam bil bulanan selama sepuluh bulan, di mana mereka hanya perlu membayar RM30 sebulan. Mereka juga akan menerima data internet berkelajuan tinggi sebanyak 10GB, panggilan tanpa had serta 2GB data harian percuma selama setahun. Dalam pelan ini, pelanggan akan terikat dengan kontrak selama setahun.

    Jangan lupa untuk baca ulasan kami tentang Galaxy A12, di mana ia mempunyai pelbagai fungsi menarik untuk telefon kelas permulaan.

    Layari laman web Digi untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pelan Digi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured