More

    Apple iPhone X masih berfungsi selepas terjatuh dari ketinggian 3.35km

    Ketahanan iPhone saban tahun semakin lama semakin baik. Sebelum ini, terdapat sebuah kisah bahawa ia dapat bertahan di dalam air untuk satu jangka masa yang panjang iaitu selama enam bulan dan masih berfungsi.

    Kini, sebuah lagi kisah yang mana Apple iPhone X telah terselamat selepas terjatuh daripada ketinggian sekitar 11,000 kaki (3.35km). Yang hairannya, telefon ini terjatuh di permukaan tanah bukan di tempat yang menyerap impak seperti air atau salji.

    Hal ini sangat menakjubkan dan pemilik telefon berkenaan telah berkongsi kisah ini di dalam forum penerbangan. Ketika kejadian, David sebagai juruterbang sedang mengemudi pesawat ringan DA40 dalam perjalanan dari Colorado Springs ke Atlanta dan melakukan persinggahan di Branson, Massachusetts untuk mengisi bahan bakar.

    Kapal terbang DA40

    DA40 mempunyai bumbung yang diperbuat daripada plexiglass yang besar dan tingkap sisi kecil yang dapat dibuka semasa di udara. David terpesona dengan pemandangan awan yang unik dan memutuskan untuk mengambil beberapa keping gambar ketika berada pada ketinggian 11,000 kaki.

    Dalam pada asyik mengambil gambar, beliau terlepas cengkaman terhadap telefonnya akibat tiupan angin yang kuat dan menyebabkan ia terjatuh. Selepas kejadian tersebut, beliau memutuskan untuk mencari telefonnya itu menggunakan aplikasi Find My iPhone.

    David kembali semula ke Arkansas di mana isyarat yang dihasilkan oleh telefonnya muncul. Pencarian dalam radius 10 meter yang mana GPS mengesan telefon tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila menjumpai peranti itu setelah lebih dari satu jam mencari di ladang kacang soya.

    Lokasi pendaratan tersebut mungkin membantu melindungi telefonnya. Selain itu, beliau juga menggunakan sarung Otterbox Defender yang mungkin dapat membantu mengurangkan impak semasa mendarat di atas permukaan yang keras. Kejadian ini adalah serupa seperti sebuah iPhone 6S yang terjatuh daripada kapal terbang dari ketinggian 300 meter pada tahun lepas. Telefon tersebut masih berfungsi selepas ia mendarat di atas pasir.

    Apa pun, kisah ini merupakan antara kisah yang sangat luar biasa dalam dunia teknologi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured