fbpx
More

    Pandangan pertama HONOR 9X Pro. Kamera belakang mempunyai kemampuan AI yang lebih pada kali ini

    Berikut adalah berita baik untuk peminat Honor: Honor 9X Pro sedang dalam perjalanan dan akan muncul di Malaysia tidak lama lagi. Syarikat itu akan menjadi tuan rumah untuk pelancaran dalam talian global pada 25 Februari (1:30 pagi waktu tempatan) yang akan menampilkan beberapa peranti baru, termasuk telefon pintar kelas pertengahan ini.

    Walaupun pelancaran rasmi akan berlaku dalam beberapa hari lagi, kami berpeluang melihat telefon baru ini. Jika anda merujuk kepada ulasan kami mengenai Honor 9X, anda boleh melihat bahawa Honor 9X Pro kelihatan sama dari segi reka bentuk. Ia mempunyai kamera pop-up hadapan, tiga kamera di bahagian belakang, ruang SIM berpindah ke bahagian atas, dan sensor cap jari dipindahkan ke butang kuasa. Satu-satunya perkara yang berbeza adalah pengecasan yang menggunakan USB Type-C bukannya mikro USB.

    Reka bentuk hadapan yang tampil kemas tanpa takuk (notch) dan skrin berlubang (punch hole)
    Pandangan dari bahagian belakang terlihat pantulan cahaya yang berbentuk X
    Kamera pop-up timbul dan slot SIM berada di bahagian atas
    Port pengecasan di bahagian bawah menggunakan USB Type-C dan jack audio dikekalkan
    Tiga kamera belakang mempunyai kemampuan AI yang lebih pada kali ini

    Perbezaan terbesar Honor 9X Pro dengan Honor 9X adalah cipset Kirin 810F dengan pemproses 7nm. Keseluruhannya, ia akan berfungsi lebih baik dan penggunaan bateri yang lebih rendah. Di samping itu, cipset baru dilengkapi dengan NPU yang akan menggunakan AI untuk menjadikan foto dengan lebih jelas dan lebih teliti.

    Daripada gambar yang anda dapat lihat, tiga kamera belakang berfungsi dengan baik serta memberikan keseimbangan warna putih dengan lensa lebar. Kami telah mengambil beberapa gambar dengan menggunakan Honor 9X Pro untuk anda menilai prestasi peranti terbaru ini.

    Keseimbangan warna putih yang baik memberikan gambar yang lebih tajam

    Adakah anda rasa peranti Honor 9X Pro ini mampu menarik jiwa anda untuk membeli apabila ia tersedia di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan membaca ulasan peranti lain bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    Microsoft umumkan pelaburan ~RM10.5 bilion untuk tingkatkan teknologi AI dan “cloud” dalam Malaysia

    Dalam acara Microsoft Build: AI Day yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari ini, CEO Microsoft Satya Nadella mengumumkan bahawa syarikat teknologi...

    Siri HUAWEI Pura 70 kini boleh ditempah di Malaysia, harga bermula RM3,699

    Hari ini, HUAWEI Malaysia membuat pengumuman mengejut mengenai harga dan ketersediaan Siri HUAWEI Pura 70. Dalam laman rasmi HUAWEI Malaysia, tempahan Pura...

    Prestasi kamera telefoto, pemandangan malam vivo X100 Ultra meningkat dengan ketara

    Pengurus produk vivo, Han Boxiao menyiarkan hantaran di Weibo hari ini mencadangkan bahawa telefon pintar vivo generasi baharu iaitu vivo X100 Ultra...

    Whatsapp kini benarkan ‘pin’ 3 mesej dalam sembang

    WhatsApp telah meningkatkan ciri-cirinya untuk menampung interaksi kumpulan besar, bertujuan untuk bersaing dengan platform seperti Telegram dan Discord. Baru-baru ini, ia meningkatkan...

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X