More

    vivo X70 Pro+ dilancar: Miliki SD 888+, 120Hz dan pensampelan sentuhan 300Hz bermula ~RM3,533

    Selepas mengulas tentang spesifikasi yang terdapat pada varian vivo X70 dan vivo X70 Pro, kali ini kita merungkai spesifikasi yang terdapat pada telefon yang paling andal dalam sirinya iaitu vivo X70 Pro+.

    vivo X70 Pro+ memiliki panel paparan skrin LTPO Samsung E5 AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 3,200 x 1,440 piksel, segar semula skrin 120Hz dan pensampelan sentuhan 300Hz. Telefon ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 888+, LPDDR5 RAM 8GB/12GB dan storan dalaman 256GB/512GB yang menggunakan teknologi UFS 3.1.

    Selain itu, ia mempunyai kapasiti bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 55W dan paparan antara muka Origin OS 1.0 beroperasi atas Android 11. Tambahan, telefon ini hadir dengan pengecas wayarles yang menyokong pengecasan pantas 50W.

    Bahagian belakangnya terdapat empat kamera yang mana kamera utamanya memiliki sensor Samsung GN1 50MP, ultra-lebar 48MP, periskop telefoto 8MP dan telefoto 12MP. Keempat-empat kamera mempunyai Stabilisasi Imej Optik dan juga penstabilan elektronik. Lensanya juga mempunyai lapisan anti-reflektif daripada ZEISS. Lapisan ini berfungsi mengurangkan silau dan kesilapan kromatik.

    vivo telah membuat penambahbaikan dengan menggunakan cip Custom V1 barunya yang membantu dalam memproses imej dan mempunyai kesan AI yang lebih canggih. Ia juga berfungsi untuk menjimatkan tenaga jika dibandingkan dengan cip sebelumnya.

    vivo X70 Pro+ bakal dipasarkan di pasaran China pada akhir bulan ini dan tersedia dalam tiga varian. Untuk harganya pula,  8GB + 256GB berharga CNY 5,500 (~RM 3,533), 12GB + 256GB berharga CNY 6,000 (~RM 3,854) dan 12GB + 512GB  berharga CNY 7,000 (~RM 4,497).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo X70 Pro+ dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured