More

    Siri Xiaomi 11T dilancar: Miliki skrin AMOLED 6.67” 120Hz dan bateri 5,000mAh bermula ~RM2,200

    Hari ini, Xiaomi telah melancarkan siri telefon pintar terbaru dalam siri-T iaitu Xiaomi 11T dan 11T Pro. Ciri menarik yang terdapat pada siri telefon ini adalah daripada segi fotografi dan videografi yang mana ia menawarkan ciri ‘Cinemagic’ terbaru.

    Ciri ‘Cinemagic’ ini termasuklah dalam memaparkan video, merakam video dan foto serta pengalaman audio yang terbaik. Selain itu, warna yang tersedia untuk siri ini ialah Meteorite Grey, Moonlight White dan Celestial Blue.

    Berikut adalah spesifikasi penuh Xiaomi 11T Pro:

    • Qualcomm Snapdragon 888
    • Paparan skrin AMOLED DisplayMate A+ FHD+ 6.67 inci, segar semula skrin 120Hz, pensampelan sentuhan 144Hz, TrueColor, Dolby Vision and HDR10+, kecerahan puncak 1000 nits
    • Skrin Corning Gorilla Glass Victus
    • RAM LPDDR5 RAM 8GB / 12GB
    • UFS Storage 3.1 128GB / 256GB
    • Corning Gorilla Glass Victus
    • Kamera 108MP + ultra-lebar 8MP + tele-makro 5MP
    • Rakaman video sehingga 8K
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecas pantas 120W Xiaomi HyperCharge technology yang mampu mengecaj 100% hanya dalam masa 17 minit
    • Dwi-pembesar suara dengan teknologi Harman Kardon
    • 8GB + 128GB berharga 649 Euro (~RM3,200), 8GB + 256GB berharga 699 Euro (~RM3,400) dan 12GB + 256GB berharga 749 Euro (~RM3,700)

    Xiaomi 11T :

    • MediaTek Dimensity 1200-Ultra
    • Paparan skrin AMOLED DisplayMate A+ FHD+ 6.67 inci 120Hz, HDR10+, segar semula skrin 120Hz, pensampelan sentuhan 480Hz
    • Kamera 108MP + ultra-lebar 8MP + tele-makro 5MP
    • RAM LPDDR5 8GB
    • Storan UFS 3.1 128GB / 256GB
    • 5000mAh
    • Pengecasan pantas 67W yang mampu mengecaj 100% dalam hanya 36 minit
    • Dwi-pembesar suara dengan Hi-Res Audio
    • 8GB + 128GB berharga 499 Euro (~RM2,200) dan 8GB + 256GB berharga 549 Euro (~RM2,700)

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi 11T atau 11T Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...