More

    Imej janaan OPPO Watch Free terdedah, miliki reka bentuk premium

    Awal bulan ini dikhabarkan bahawa OPPO bakal melancarkan produk baharunya iaitu jam tangan pintar OPPO Watch Free. Ia masih lagi belum dilancarkan namun telah tertiris imej janaan peranti berkenaan yang menunjukkan rupanya yang seakan-akan sama dengan reka bentuk pengeluar yang lain.

    Imej janaan tersebut telah dikirim oleh salah satu sumber yang menunjukkan beberapa sudut pandang jam tersebut dan tersedia dalam dua warna. Untuk pengetahuan, OPPO baru-baru ini telah melancarkan OPPO Watch 2 edisi ECG.

    OPPO Watch Free mempunyai paparan segi empat tepat yang sama seperti terdapat pada HUAWEI Watch Fit dan realme Band 2 terbaru. Badannya diperbuat daripada logam yang mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan emas pada varian kuning air. Peranti ini tidak mempunyai butang fizikal yang mana ia berfungsi sepenuhya menggunakan sentuhan.

    Jam pintar ini menggunakan tali yang diperbuat daripada getah yang tahan lasak untuk keselesaan dan pengudaraan. Apa pun kami masih belum menerima maklumat rasmi daripada pihak OPPO berkenaan spesifikasinya.

    Kami mengandaikan bahawa ianya akan mempunyai spesifikasi yang mungkin sama seperti OPPO Watch 2 dan semestinya dengan harga lebih murah. Tarikh pelancarannya masih belum diketahui namun dikhabarkan akan dilancarkan pada bulan ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam tangan pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Apple mula uji cip memori China untuk iPhone dan MacBook

    Apple dilaporkan sedang menguji cip memori daripada syarikat pengeluar China, ChangXin Memory Technologies (CXMT) untuk barisan produk utamanya merangkumi iPhone dan MacBook....

    ChatGPT makin seronok untuk pengguna percuma, sembang teks kini tanpa had

    OpenAI mengumumkan pemansuhan had penggunaan sembang berasaskan teks untuk pengguna ChatGPT akaun percuma dan akaun Go. Langkah ini menandakan perubahan dasar pada...

    Apple Store kedua Malaysia mungkin di Putrajaya — Ini sebabnya

    Apple dipercayai sedang bersiap sedia untuk membuka kedai rasmi keduanya di Malaysia yang dijangka berlokasi di Putrajaya. Langkah berkenaan dikesan berikutan penawaran...

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured