More

    Rupa Samsung Galaxy S22 Ultra tertiris, tampilkan rekaan modul kamera yang baharu

    Rupa telefon pintar andalan seterusnya oleh Samsung, Samsung Galaxy S22 Ultra, kini telah tertiris melalui beberapa gambar yang telah dikongsi oleh Front Page Tech.

    Perkara yang paling menonjol dalam telefon ini adalah rekaan modul kameranya yang sangat berbeza dengan siri Galaxy S21, di mana setiap lensanya mempunyai bonggol masing-masing dan bukannya dalam satu bonggol rata seperti yang terdapat dalam telefon-telefon andalan Samsung sebelum ini.

    Kameranya mungkin terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera telefoto 3x 10MP dan kamera telefoto 10x 10MP.

    Selain itu, ia turut mempunyai ruang untuk meletakkan stilus S-Pen, seperti yang terdapat dalam siri Galaxy Note. Bagi menyediakan ruang yang cukup untuk stilus tersebut, Galaxy S22 Ultra adalah lebih tebal berbanding Galaxy S21 Ultra.

    Bahagian sisi telefon ini juga mempunyai rekaan membulat, bukannya rata seperti yang dikhabarkan sebelum ini.

    Ia dikhabarkan akan dilancar pada bulan Februari 2022, iaitu serupa dengan siri Galaxy S21 yang dilancar pada Januari 2021. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S22 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Front Page Tech

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured