More

    Kad grafik GIGABYTE AMD Radeon RX 6500 XT dilancar, tawarkan prestasi “gaming” 1080p pantas

    GIGABYTE telah melancarkan kad grafik gaming terbaru yang dibina berdasarkan unit pemproses grafik (GPU) AMD Radeon RX 6500 XT. Ia dilengkapi sistem penyejukan WINDFORCE dan menawarkan prestasi pantas untuk gaming dalam resolusi 1080p.

    GPU ini menggunakan seni bina AMD RDNA 2 untuk prestasi gaming 1080p terpantas dalam pelbagai game AAA serta menawarkan AMD Infinity Cache berlatensi rendah dan memori GDDR6 4GB. Ia menyokong fungsi AMD Smart Access Memory, AMD FidelityFX Super Resolution, DirectX 12 Ultimate dan sistem operasi Windows 11.

    Sistem penyejukan WINDFORCE 3X pula mempunyai tiga kipas dengan bilah unik dan pemutaran berselang (alternate spinning) di mana kipas tengah akan berputar pada arah yang berlainan daripada kipas kanan dan kiri, paip haba tembaga komposit serta screen cooling untuk pelesapan haba yang lebih cekap.

    Kipasnya juga mempunyai pelincir nano graphene untuk memanjangkan hayatnya manakala rangka pelindung pula telah diperkukuhan bagi mengelakkan kerosakan pada papan litar PCB.

    Selain itu, GIGABYTE turut melancarkan kad grafik Radeon RX 6500 XT EAGLE 4G yang dilengkapi penyejukan WINDFORCE, paip haba komposit tembaga, papan tembaga, kipas aktif 3D dan pelincir nano graphene untuk penyejukan optimum sewaktu gaming.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured