More

    Lenovo Legion Y90 bakal dilancar, miliki skrin AMOLED 6.9″, RAM 18GB dan storan 640GB

    Lenovo Legion Y90 dijangka akan membuat penampilan telefon gaming pada masa akan datang di mana imej dan spesifikasi telefon pintar gaming Legion Y90 telah didedahkan sejak bulan lepas. 

    Menurut sumber terkini, Legion Y90 akan menggunakan skrin E4 AMOLED 6.9 inci 144 Hz dengan kadar pensampelan sentuhan 720 Hz. Ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan penyejukan cecairĀ (liquid cooling)Ā dwi-kipas. Ia dikatakan mempunyai RAM LPDDR5 18GB dan storan 640GB. Namun, kami tidak mendapat sebarang kepastian mengenai jumlah ruang storan tersedia dan dikembangkan.

    Spesifikasi lain Lenovo Legion Y90 termasuk bateri 5,600 mAh, pengecasan 68W, motor linear dwi X-Axis, pembesar suara stereo Dolby Atmos dan kekunci bahu 2×2. Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai pelancaran peranti bersama barisannya iaitu tablet Y700.

    Sementara itu, kongsi pendapat anda diĀ FacebookĀ kami dan teruskan bersamaĀ Rakan Teknologi Utama Malaysia.Ā 

    Sumber: Notebookcheck

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured