More

    Samsung Galaxy A13 dan A23 dilancar: FHD+ 6.6″, kamera 50MP dan bateri 5,000mAh bermula ~RM870

    Siri Galaxy A ialah salah satu siri telefon Samsung yang terlaris di pasaran. Syarikat itu melancarkan dua model mampu milik hari ini iaitu Galaxy A13 dan A23. Kedua-duanya mempunyai sambungan 4G.

    Samsung Galaxy A23 mempunyai paparan LCD 6.6 inci beresolusi 1,080 x 2,408 px, penyegaran semula skrin 60Hz) dan perlindungan Gorilla Glass 5. Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 50 MP (apertur f/1.8), ultra lebar 5 MP, makro 2MP dan kamera kedalaman 2MP.

    Bahagian hadapannya terdapat kamera swafoto 8 MP. Samsung tidak mendedahkan cipsetnya lagi. Walau bagaimanapun, telefon ini dilengkapi dengan beberapa pilihan RAM 4, 6 atau 8GB dan storan 64 atau 128GB bersama slot mikroSD. Telefon ini beroperasi menggunakan Android 12 dengan antara muka One UI 4.1 dan dilengkapi bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 25W.

    Samsung Galaxy A13 akan beroperasi menggunakan Android 12 dengan antara muka One UI 4.1 pada cipset Exynos 850 (8x A55 @ 2.0 GHz, Mali-G52 MP1) dengan pilihan RAM 3, 4 atau 6GB dan storan 32, 64 atau 128GB serta slot mikroSD. Badan telefon ini diperbuat daripada plastik dan bersaiz 165.1 x 76.4 x 8.8 mm serta berat 195g.

    Bahagian hadapannya menggunakan paparan LCD 6.6 inci beresolusi 1,080 x 2,408 px dengan nisbah 20:9 dan penyegaran semula 60 Hz serta mempunyai perlindungan Gorilla Glass 5. Selain itu, terdapat kamera swafoto 8MP.

    Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 50 MP (f/1.8, PDAF), ultra lebar 5MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Galaxy A13 akan menawarkan kelajuan muat turun sehingga 300 Mbps dan muat naik 150 Mbps. Sambungan untuk telefon ini ialah bicu audio 3.5mm dan USB-C untuk mengecas bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 25W.

    Samsung Galaxy A13 bagi varian 4+64GB berharga €190 (~RM870) dan 4+128GB berharga €210 (~RM960). Namun, Samsung belum mendedahkan secara rasmi harga bagi Galaxy A23. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured