More

    Samsung Galaxy A73 5G, A53 5G dan A33 5G – Telefon pintar 5G kelas pertengahan manakah sesuai untuk anda?

    Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan tiga buah peranti terbaharu dalam siri telefon pintar kelas pertengahan Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A73 5G, Samsung Galaxy A53 5G dan Samsung Galaxy A33 5G. Fakta menarik mengenai siri Galaxy A ialah siri ini merupakan antara siri yang paling laris dijual dalam pasaran telefon segmen pertengahan.

    Untuk Galaxy A terbaru ini, Samsung menawarkan fungsi Galaxy Experience dengan antara muka (UI) One UI 4, di mana anda boleh menghias warna UI dalam telefon mengikut citarasa tersendiri, mengakses fungsi kamera unik untuk Instagram, TikTok dan Snapchat, membayar dengan Samsung Wallet, menghubungkan dengan pelbagai peranti Samsung dan Windows serta banyak lagi.

    Ketiga-tiga telefon ini menampilkan spesifikasi kelas pertengahan dan harga mesra bajet sesuai kepada mereka yang ingin berjimat tetapi mementingkan kepuasan ketika menggunakannya.

    Selain itu, ia juga menawarkan rating kalis air IP67 dan pengecasan pantas 25W bagi ketiga-tiga model ini. Rating tersebut bermakna ia boleh ditenggelami air sedalam 1 meter selama 30 minit, jadi anda tidak perlu risau jika membawanya ke mana sahaja sama ada ketika bersenam atau aktiviti lasak. Sungguh pun begitu, anda masih dinasihatkan untuk menjauhkan telefon ini dari pantai, kolam atau air sabun.

    Sebelum membuat keputusan untuk memiliki salah satu model terbaharu ini,  mari kita lihat spesifikasi dan bajet yang manakah paling sesuai untuk anda.

    Samsung Galaxy A33 5G – Harga mesra bajet

    Bagi anda yang inginkan telefon yang mempunyai skrin dengan paparan yang cantik dan harga yang paling murah dalam sirinya, Samsung Galaxy A33 5G sesuai untuk anda. Walapun ia lebih murah daripada Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G, namun ia tetap memberikan anda kepuasan yang optimum.

    Galaxy A33 5G menawarkan cipset Exynos 1280, skrin Super AMOLED FullHD+ berukuran 6.4 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Anda bukan sahaja dapat merasai pengalaman melihat skrin yang cantik dan lancar, tetapi anda juga akan puas dengan kamera yang ditawarkan serta kapasiti bateri yang besar.

    Peranti ini hadir dengan kamera utama 48MP OIS + kamera ultra-lebar 8MP + sensor kedalaman 2MP + kamera makro 5MP, kamera swafoto 13MP dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 25W.

    "
    "

    Terdapat empat pilihan warna untuk dipilih iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach dan Awesome Blue berharga RM1,499.

    Samsung Galaxy A53 5G – Prestasi dan kepuasan seimbang

    Kita beralih pula kepada Samsung Galaxy A53 5G di mana ia merupakan model pertengahan dalam siri Galaxy A terbaharu. Jika bercakap mengenai titik pertengahan, sudah tentu ia menawarkan spesifikasi yang seimbang antara kepuasan dan prestasi. Skrinnya dilengkapi Super AMOLED FullHD+ 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

    Kami jamin anda akan terkesima dengan prestasi skrin yang ditawarkan kerana kadar segar semula yang dibawakan merupakan antara kadar yang sangat mencukupi untuk anda bermain game atau menatal kandugan di sosial media tanpa rasa tersangkut.

    Selain itu, Galaxy A53 5G mempunyai kamera yang lebih baik daripada Galaxy A33 5G di mana ia dilengkapi kamera utama 64MP OIS + kamera ultra-lebar 12MP + sensor kedalaman 5MP + kamera makro 5MP dan kamera swafoto 32MP.

    Spesifikasi lain bagi Galaxy A53 5G ialah ia memiliki cipset Exynos 1280, pengembangan RAM DRE dan storan dalaman 256GB dengan slot mikroSD sehingga 1TB. Jika anda menginginkan skrin yang lancar (120Hz) dan prestasi yang sempurna bagi melunaskan tugasan harian, ia mungkin merupakan peranti yang sesuai untuk anda. Galaxy A53 5G tersedia dalam empat pilihan warna iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach dan Awesome Blue yang dijual dengan tanda harga RM1,849.

    Samsung Galaxy A73 5G – Kamera dan pretasi terbaik dalam sirinya

    Samsung Galaxy A73 5G merupakan telefon pintar yang paling berkuasa dan memiliki saiz skrin yang paling besar jika dibandingkan dengan Galaxy A33 5G dan Galaxy A53 5G. Ia hadir cipset yang berbeza daripada kedua-dua ‘adiknya’ yang mana ia dilengkapi cipset Snapdragon 778 5G. Bagi telefon kelas pertengahan, cipset ini merupakan antara pilihan terbaik yang anda boleh miliki.

    Ia merupakan cipset yang berkuasa yang dihasilkan bersama GPU Adreno 642L dan mampu menawarkan pengalaman terhebat berbaloi dengan harga yang anda bayar. Jika anda seorang kaki game tetapi dalam masa yang sama mementingkan kualiti kamera, Samsung Galaxy A73 5G sesuai untuk anda.

    Dengan harga sekitar RM2,000, anda ditawarkan dengan skrin yang besar, cantik dan lancar serta kamera 108MP yang sangat sempurna. Paparannya menggunakan skrin Super AMOLED+ FullHD+ berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Pada bahagian belakang Galaxy A73 5G menempatkan empat kamera iaitu kamera utama 108MP OIS + kamera ultra-lebar 12MP + sensor kedalaman 5MP + kamera makro 5MP.

    Tambahan, ia juga dilengkapi kamera swafoto 32MP. Kami jamin anda tiada masalah dengan kualiti kamera swafoto yang dihasilkan Samsung untuk selfie bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan tanda harga RM2,099, Samsung Galaxy A73 5G menawarkan spesifikasi yang mantap dan cukup sempurna daripada segi prestasi serta kualiti kamera. Ia juga tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Awesome Gray, Awesome White dan Awesome Mint.

    Tawaran khas untuk para pembaca TechNave!

    Sudah tiba masanya untuk berfikir, membandingkan dan memilih yang mana satukah pilihan terbaik selari dengan bajet yang anda tetapkan. Kami pasti anda mempunyai sebab tersendiri dengan setiap pilihan yang anda pilih. Menariknya, terdapat tawaran istimewa jika anda membeli salah sebuah telefon pintar siri Galaxy A.

    Dengan setiap pembelian mana-mana peranti dalam siri Galaxy A di laman rasmi Samsung Malaysia, anda akan menerima Fast Charge Travel Adapter 15W berharga RM89 secara percuma dengan meletakkan kod ‘TECHVIP’ sebelum melakukan pembayaran. Selain itu, terdapat juga tawaran bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan.

    Bagi model Samsung Galaxy A33 5G, ia mula boleh ditempah dari 21 Mac sehingga 13 April 2022 dan anda bakal menerima hadiah eksklusif Galaxy Fit2 secara percuma yang bernilai RM179. Pra-tempahan untuk Samsung Galaxy A53 5G pula bermula dari 21 Mac sehingga 31 Mac 2022 dengan hadiah eksklusif yang anda bakal terima secara percuma iaitu Galaxy Buds Live berharga RM549.

    Samsung Galaxy A73 5G tersedia untuk pra-tempahan bermula 21 Mac sehingga 13 April 2022 jika anda menempahnya secara terus di kedai sah Samsung Malaysia manakala pra-tempahan secara dalam talian akan bermula dari 30 Mac sehingga 13 April 2022. Anda bakal menerima hadiah eksklusif iaitu Galaxy Buds Live berharga RM549 secara percuma.

    Sila layari laman rasmi Samsung Malaysia untuk membuat tempahan. Jangan lupa untuk kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...