More

    Selangor diberi keutamaan untuk naik taraf rangkaian 5G

    Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengatakan bahawa Selangor akan diberi keutamaan dalam melaksanakan dan menaik taraf perkhidmatan 5G di Malaysia. Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa K-KOMM kini mengusahakan tiga program yang sedang dijalankan di bawah Rangkaian Digital Nasional (JENDELA).

    Satu daripadanya adalah menaik taraf kepada 5G di Selangor dan meningkatkan menara 4G di seluruh negara pada masa yang sama manakala dua lagi program di bawah JENDELA untuk menambah bilangan isi rumah yang mempunyai sambungan gentian optik serta menaik taraf sistem pemancar 3G kepada 4G.

    Tan Sri Annuar turut menyatakan bahawa Selangor menerima kira-kira RM5.34 bilion di bawah JENDELA bagi menaik taraf sistem telekomunikasi di Selangor. Terdapat 313 menara telekomunikasi yang baru siap di Selangor manakala 35 menara lagi sedang dalam pembinaan. Sebanyak 7,197 stesen pemancar telah dinaik taraf kepada 4G dan 652 lagi masih dalam proses.

    Selangor juga mempunyai sejumlah 419,896 premis dengan sambungan gentian optik di bawah JENDELA dan kerja-kerja pemasangan sedang dijalankan di 196,422 premis lain. Bulan lalu, kami dilaporkan kerajaan negeri bersedia untuk membina 1,553 lagi menara rangkaian 5G tahun ini.

    Anda boleh melihat pengalaman 5G kami di sini untuk ketahui tentang keadaan semasa perkhidmatan ini. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured