fbpx
More

    Samsung Galaxy A33 5G, A53 5G & A73 5G tampilkan fungsi yang mudahkan penggunaanya di mana sahaja

    Telefon pintar kelas pertengahan selalunya mempunyai spesifikasi dalaman yang menarik tetapi rekaan luarannya tidak kukuh dan tidak tahan lama, manakala fungsinya juga tidak mencukupi untuk setiap situasi.

    Sungguh pun begitu, perkara sama tidak berlaku pada siri Samsung Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G. Walaupun tiga telefon ini adalah telefon kelas pertengahan yang dilengkapi spesifikasi lengkap, rekaan luarannya mempunyai pelbagai fungsi dan ciri tahan lasak supaya anda boleh menggunakan telefon ini di mana-mana sahaja.

    Berikut adalah lima sebab mengapa anda tidak perlu risau tentang Galaxy A terbaru dan bagaimana ia boleh membantu kehidupan seharian anda:

    Dibuat daripada kaca yang kukuh

    Selain mempunyai panel AMOLED untuk penghasilan warna yang terang, skrin Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G dibuat daripada kaca Corning Gorilla Glass 5 untuk ketahanan yang tinggi.

    Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G mempunyai skrin Gorilla Glass 5 untuk perlindungan kukuh

    Ini bermaksud skrin telefon-telefon Samsung ini tidak akan retak jika anda menjatuhkannnya secara tidak sengaja. Selain itu, ia juga tidak mudah dicalar jadi anda boleh senang hati dengan ketahanan skrin ini untuk tempoh yang lama.

    Jangan takut untuk berada dekat dengan air!

    Siri Galaxy A mempunyai rating kalis air IP67 yang bermaksud ia boleh ditenggelami sedalam 1 meter selama 30 minit. 

    Dengan rating ini, anda boleh yakin dengan Galaxy A untuk dibawa ke kawasan-kawasan basah seperti pantai dan kolam renang untuk mengambil gambar bersama rakan-rakan di situ. Jika ia terjatuh ke dalam kolam sekali pun, telefon ini masih berfungsi dengan sempurna.

    Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G boleh ditenggelami air kerana ia mempunyai rating IP67

    Tidak perlu resah tentang bateri habis

    Tiga telefon dalam siri Galaxy A ini mempunyai kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5,000mAh. Dengan bateri sebesar ini, ia pasti boleh bertahan selama sehari walaupun jika anda kerap membuka aplikasi berat seperti kamera atau gaming dengan kadar 120Hz.

    Malah, jika anda mengaktifkan mod penjimatan kuasa, bateri dalam telefon Galaxy A boleh bertahan sehingga dua hari jadi anda tidak perlu risau lagi jika anda tidak boleh mencari plag elektrik semasa berada di luar.

    Tangkap gambar jelas walaupun dalam suasana malap

    Telefon kelas pertengahan lain selalunya mempunyai kamera yang tidak mampu mengambil gambar yang elok dalam suasana malap, kerana ia akan mempunyai noise dan butiran kabur. Sebaliknya, kamera telefon Galaxy A mempunyai Night Mode yang boleh mengambil gambar yang sangat jelas dalam suasana malap.

    Kameranya mempunyai penstabilan imej optikal (OIS) yang boleh membantu dalam mengambil gambar dan video yang jelas walaupun anda sekadar memegang telefon ini. Selain itu, unit grafik (GPU) dan neural (NPU) yang lebih baru dalam cipset Exynos 1280 juga akan membantu dalam menghasilkan gambar Night Mode yang kurang noise dan lebih jelas.

    Memori yang boleh dibesarkan

    Jika anda pergi bercuti dan ingin mengambil banyak gambar dan video sebagai kenangan, anda boleh tambah storan dalam Galaxy A dengan menggunakan kad memori microSD. Ia boleh dibesarkan dengan tambahan sebanyak 256GB jadi anda tidak perlu takut tentang kehabisan ruang untuk gambar-gambar atau fail penting.

    Bukan sahaja storan, malah RAM dalam Galaxy A juga boleh dibesarkan dengan fungsi RAM tambahan sehingga 16GB. Ini bermaksud anda boleh membuka lebih banyak aplikasi serentak tanpa memperlahankan prestasi telefon.

    RAM dalam Galaxy A33 5G, A53 5G dan A73 5G boleh dibesarkan sebanyak 6GB lagi

    Jadi dengan lima fungsi di atas, membuatkan Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G atau Galaxy A73 5G telefon yang sangat sesuai untuk semua situasi, daripada kegunaan harian hinggalah percutian ke lokasi eksotik. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini serta promosi seperti yang berikut:

    ModelTempoh promosiHarga WarnaHadiah eksklusif
    Galaxy A33 5GSehingga 31 Mei 2022RM1,499Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach, Awesome Blue1x Galaxy A33 5G Card Slot Cover, bernilai RM59
    Galaxy A53 5GSehingga 31 Mei 2022RM1,849Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach, Awesome Blue1x Galaxy A53 5G Protective Standing Cover, bernilai RM99
    Galaxy A73 5GSehingga 31 Mei 2022RM2,099Awesome Mint, Awesome Black, Awesome Gray1x Camera Filter Mount, bernilai RM169

    Tambahan lagi, dapatkan diskaun sebanyak 20% untuk pelan perlindungan Samsung Care+ Accidental & Liquid Breakage Or Breakdown Plan sehingga dua tahun apabila anda membeli telefon Galaxy A. Selain itu, anda juga boleh nikmati penjimatan lanjut sehingga RM150 jika anda menukar (trade-in) telefon lama anda.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Galaxy A dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Telefon pintar cipset Snapdragon 8 Gen 4 pertama dijangka dilancar pada pertengahan Oktober

    Qualcomm telah memelihara kerahsiaan mengenai butiran prosesor mudah alih flagship akan datang mereka, Snapdragon 8 Gen 4. Namun, kebocoran dan desas-desus telah...

    Audio ‘lossless’ oleh Spotify dikatakan hampir siap

    Elemen antara muka (UI) yang bocor membayangkan kemungkinan keluaran peringkat audio tanpa kerugian (lossless) Spotify yang telah lama ditunggu-tunggu, menunjukkan ia mungkin...

    Threads benarkan kawalan terhadap siapa yang boleh mengulas ‘post’ anda

    Threads memperkenalkan kawalan baru yang membenarkan pengguna menguruskan siapa yang boleh mengulas kenyataan mereka dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif...

    Google Wallet perkenalkan senarai ‘Kaedah Pembayaran’ baharu

    Kemas kini terbaru kepada Google Wallet untuk Android memperkenalkan pendekatan yang lebih teratur dalam menguruskan kaedah pembayaran yang disimpan. Menu akaun kini...

    Jalan Sultan Ismail menjadi dua hala, kurangkan kesesakan lalu lintas

    Sekurang-kurangnya 20 anggota Polis Kuala Lumpur telah ditempatkan untuk mengawal lalu lintas susulan penukaran jalan satu hala kepada dua hala di Jalan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured