More

    Penggunaan skuter elektrik tidak dibenarkan di Dataran Merdeka

    Kini, Dataran Merdeka telah menjadi satu kawasan yang tidak dibenarkan untuk menunggang skuter elektrik kerana laluan tersebut adalah sebahagian daripada jalan awam yang tidak diwartakan untuk aktiviti ini.

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata pihaknya telah merampas dua skuter elektrik yang disewakan kepada orang ramai pada dua hari lepas kerana hal tersebut. Anggota penguat kuasa telah membuat laporan polis terhadap pengendali yang menghalang tugas penjawat awam manakala skuter elektrik yang dirampas akan dibawa ke stor rampasan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.

    Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong menyatakan kenderaan mobiliti mikro termasuk moped, alat mobiliti peribadi (PMD) dan alat mobiliti peribadi (PMA) dilarang digunakan di jalan raya berkuat kuasa serta-merta.

    Moped adalah kenderaan  elektrik yang dipasang dua atau tiga roda dan dipandu dengan kelajuan tidak melebihi 50 kilometer sejam (km/j). PMD dan PMA adalah kenderaan elektrik dengan kelajuan tidak melebihi 25km/j seperti skuter elektrik dan kereta untuk kegunaan individu yang mempunyai masalah mobiliti.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Malay Mail

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured