More

    Jualan Pertengahan Tahun HUAWEI: Diskaun sehingga 53% dan hadiah percuma pada 18 Jun 2022

    Jika anda ingin membeli barangan teknologi yang sesuai dengan keperluan anda, HUAWEI Malaysia mengadakan Jualan Pertengahan Tahun pada 18 Jun ini. Mereka menawarkan diskaun sehingga 53 peratus dan hadiah percuma untuk pembelian produk terpilih.

    Antara tawaran jualan termasuk potongan RM1,200 untuk HUAWEI MateBook D14 2021 Q3 AMD R5 400X (8/512GB) bersama beg galas percuma dan tetikus bernilai RM398. 

    Selain itu, terdapat juga tawaran bundle di mana anda boleh mendapatkan HUAWEI Vision S Smart Screen berukuran 55 inci bersama HUAWEI nova 8i dengan diskaun keseluruhan RM1,299 dan Peti TV secara percuma.

    Bukan itu sahaja, HUAWEI nova Y70 merupakan telefon pintar kelas permulaan yang menyokong pembesar suara HUAWEI Sound Joy dilengkapi dengan bateri 6,000mAh, sokongan SuperCharge 22.5W dan tri-kamera AI berharga RM699. Ia akan mula berada dalam pasaran di seluruh negara tidak lama lagi.

    Sound Joy adalah pembesar suara mudah alih yang menggunakan sistem pembesar suara dua hala dan menampilkan bateri 8,800mAh yang boleh bertahan sehingga 26 jam. Ia boleh didapati pada harga RM 699 dan anda juga boleh mendapatkan dua Sound Joy pada harga bundle RM999 sebelum 30 Jun 2022.

    Berikut adalah senarai produk HUAWEI yang akan dijual dengan harga diskaun sewaktu promosi ini:

    Anda boleh dapatkan peranti-peranti ini di laman web rasmi HUAWEI, kedai rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada pada 18 Jun 2022. Tawaran hanya disediakan untuk satu hari sahaja. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured