More

    Jualan Mengejutkan HONOR 9.9: Diskaun & hadiah bernilai sehingga RM1,026 untuk peranti terpilih

    9 September menandakan Jualan Mengejutkan HONOR 9.9 di mana peminat boleh merebut HONOR Band 6 dengan hanya RM99 selepas potongan harga sebanyak 48% sementara stok masih ada. Pelanggan boleh nikmati Jualan Mengejutkan HONOR 9.9 melalui laman web rasmi HONOR, Lazada HONOR Flagship Stores dan Shopee HONOR Official Store.

    Sempena jualan ini, pelanggan boleh dapatkan HONOR MagicBook 15 AMD dengan diskaun sehingga RM700 hanya di Shopee. Ia mempunyai TÜV Rheinland Low Blue Light & TÜV Rheinland Flicker-free Certification dan dilengkapi dengan HONOR SuperCharge 65W yang mengecas komputer riba sehingga 65% dalam masa sejam.

    Anda berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM1,026 dengan pembelian produk baharu yang dilancarkan baru-baru ini iaitu HONOR 70, HONOR Pad 8 dan HONOR MagicBook 14 2022.

    Pada harga RM2,000, anda akan mendapat telefon pintar HONOR 70 dengan keupayaan fotografi cahaya malap dan lampu latar yang terang bersama sarung HONOR 70 dan waranti lanjutan 1 Tahun.

    HONOR Pad 8 pula menawarkan pengalaman sinematik dengan 8 pembesar suara dan paparan 2K HONOR FullView 12 inci. Pelanggan boleh membeli HONOR Pad 8 semasa Jualan Mengejutkan 9.9 sambil membawa pulang penutup flip HONOR Pad 8 secara percuma.

    Akhir sekali, HONOR MagicBook 14 2022 bersaiz 14 inci mampu berprestasi dalam kuasa penuh 70W dan disokong dengan kapasiti bateri 75Wj. Ia hadir dengan HONOR SuperCharge 100W di mana pengecasan selama 15 minit mampu bertahan sehingga 3.5 jam penggunaan kerja atau tugasan harian.

    Ketahui maklumat lanjut mengenai Jualan Mengejutkan HONOR 9.9 dan peranti lain, di laman web rasmi HONOR atau di halaman Facebook HONOR Malaysia. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured