More

    HONOR X40 GT akan dilancar pada 13 Oktober 2022

    HONOR bakal melancarkan telefon pintar perdana seterusnya, HONOR X40 GT, pada hari Khamis, 13 Oktober 2022 jam 7:30 malam di China. Pengumuman untuk pelancaran telefon ini telah dibuat di Weibo, di mana HONOR turut berkongsi rupa bentuknya.

    Di belakang, HONOR X40 GT bakal mempunyai warna hitam dengan jaluran berwarna hijau di bahagian tengah. Sebuah bonggol kamera berbentuk bulat pula menempatkan tiga kamera dan satu lampu denyar. Di hadapan pula, ia mempunyai satu kamera swafoto dalam lubang punch hole kecil di bahagian atas tengah skrin.

    Spesifikasi untuk HONOR X40 GT masih belum disahkan, namun kami menjangkakan ia bakal dilengkapi spesifikasi canggih seperti cipset Snapdragon 888 4G dan menjadikannya lebih pantas berbanding HONOR X40.

    Pada bulan lalu, HONOR melancarkan HONOR X40 sebagai sebuah telefon kelas pertengahan yang dilengkapi skrin OLED berukuran 6.67 inci dengan resolusi 2400×1080 dan kadar segar semula 120Hz, serta cipset Qualcomm Snapdragon 695. HONOR Malaysia mengesahkan bahawa HONOR X40 akan dilancar di sini dalam masa terdekat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured