More

    Amazfit Falcon dilancar: Miliki ciri latihan AI, navigasi GPS dan bateri tahan 14 hari berharga ~RM2,345

    Minggu lalu, jam tangan pintar Amazfit Falcon tertiris dan mendedahkan algoritma latihan pintarnya yang dipanggil Zepp Coach. Kini, jenama itu secara rasminya memperkenalkan Amazfit Falcon dalam pelbagai pasaran global.

    Jam tangan pintar ini dibuat untuk mengutamakan ketahanan kerana ia badannya diperbuat daripada titanium unibody dan skrin kaca kristal nilam. Paparan peranti ialah panel AMOLED 1.28 inci dengan resolusi 416 x 416 piksel dan kecerahan sehingga 1,000 nits. Ia juga kalis air sedalam 20 ATM.

    Jam tangan pintar dilengkapi dengan algoritma latihan pintar yang dipanggil Zepp Coach. Ia menawarkan cadangan senaman berasaskan AI berdasarkan fizikal dan pengalaman pemakai yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan mengenal pasti latihan berlebihan.

    Terdapat 150 mod sukan dan senaman dan boleh disambungkan dengan Bluetooth kepada aksesori kecergasan tambahan seperti tali pengukur kadar jantung. Jam pintar ini boleh sambung kepada fon kepala wayarles untuk mendengar muzik yang disimpan dalam storan 4GB. Terdapat ciri penentu kedudukan yang menyokong satelit dan penjejakan GPS dwi-jalur.

    Selain itu, anda boleh menyambungkan data senaman anda dengan program seperti Adidas Running, Apple Health dan Strava. Tambahan, ia mempunyai penjejakan aktiviti tidur, kadar denyutan jantung, oksigen darah dan pemantauan tahap tekanan. Menurut Amazfit, dengan penggunaan biasa, bateri 5,00 mAh boleh bertahan sehingga 14 hari dengan sekali cas.

    Amazfit Falcon tersedia pada harga $499.99 (~RM2,345). Adakah anda berminat dengan jam tangan pintar ini jika ia tersedia di dalam pasaran Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured