More

    Samsung Galaxy A04s dilancar di Malaysia: Exynos 850, skrin LCD PLS 6.5″ dan RAM 4GB berharga RM699

    Hari ini, Samsung Malaysia mengumumkan ketibaan telefon Galaxy A04s. Ia dilancarkan dahulu di India dan telefon itu kini boleh didapati pada harga RM699. Anda boleh mendapatkannya dalam warna Copper, hijau dan hitam di kedai fizikal Samsung terdekat atau kedai rasmi Samsung dalam talian.

    Untuk set tempatan, ia menampilkan cipset Exynos 850, RAM 4GB dan storan 64GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui kad mikroSD. Sementara itu, ia membawa skrin LCD PLS ialah 6.5 inci dan menyokong 720p. Kamera hadapan 5MP terletak di bahagian tengah atas paparan Infinity-V.

    Sebaliknya, tiga kamera belakang terdiri daripada sensor utama 50MP, diikuti oleh 2MP untuk lensa kedalaman dan makro. Spesifikasi lain termasuk bateri ialah 5,000mAh yang menyokong teknologi pengecasan 15W, kadar penyegaran 90Hz dan tambahan RAM Plus 4GB dengan jumlah keseluruhan RAM 8GB.

    Berikut merupakan spesifikasi ringkas peranti:

    • Cipset Exynos 850
    • RAM 4GB dengan RAM tambahan 4GB
    • Storan 64GB, boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui kad mikroSD
    • Skrin LCD PLS 6.5 inci dan menyokong 720p
    • Kadar penyegaran 90Hz
    • Tri-kamera belakang: Kamera utam 50MP, sensor kedalaman 2MP dan makro 2MP
    • Kamera swafoto 5MP
    • Bateri 5,000mAh yang menyokong teknologi pengecasan 15W

    Lawati laman web rasmi Samsung untuk ketahui lebih lanjut mengenai peranti di atas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Newsroom

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...