More

    Snapdragon 8 Gen 2 mungkin akan dilancar pada 15 November 2022

    Syarikat semikonduktor Qualcomm telah mengumumkan tarikh untuk acara pelancaran seterusnya, Snapdragon Summit, iaitu pada 15-17 November 2022 di Hawaii, Amerika Syarikat (AS).

    Besar kemungkinan, cipset telefon pintar premium seterusnya oleh Qualcomm akan dilancar dalam tempoh tersebut dan ia mungkin dinamakan Snapdragon 8 Gen 2. Dalam tahun-tahun sebelum ini, cipset Snapdragon terbaru kerap dilancar dalam acara Snapdragon Summit yang dianjurkan pada hujung tahun, termasuklah untuk Snapdragon 8 Gen 1 yang dilancar pada Disember 2021.

    Snapdragon 8 Gen 2 dijangka akan dibina dengan nod proses 4nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) dan dilengkapi satu teras berprestasi tinggi Cortex A73, dua teras pertengahan Cortex A720, dua teras Cortex A710 dan tiga teras kecekapan Cortex A510.

    Unit pemproses grafiknya (GPU) pula mungkin adalah Adreno 740. Menurut markah penanda aras Geekbench yang telah tertiris, Snapdragon 8 Gen 2 menawarkan prestasi lebih tinggi sebanyak 15% daripada pendahulunya. Antara telefon pertama yang dijangka bakal dilengkapi cipset baharu ini adalah Xiaomi 13 dan Samsung Galaxy S23.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured