More

    Kerajaan Selangor kaji semula dasar caj beg plastik, mungkin menguatkuasa sistem baharu

    Kerajaan Selangor sedang mengkaji semula dasar caj beg plastik dan mungkin menguatkuasakan sistem baharu bagi membendung penggunaan beg plastik yang meningkat walaupun caj beg plastik telah dikenakan sejak 2017. Kerajaan mungkin mengambil langkah dengan menaikkan kadar caj serta pelaksanaan hari larangan plastik tahun depan di Selangor.

    Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian mengakui terdapat masalah dengan penguatkuasaan semasa pandemik COVID-19 apabila jawatankuasanya melonggarkan dasar membenarkan penggunaan beg plastik semasa membungkus makanan.

    Beliau berkata akan memperketat penguatkuasaan kali ini mungkin dengan menarik balik lesen premis daripada penjual yang tidak mematuhi caj beg plastik. Beliau menjawab soalan daripada Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan) mengenai penguatkuasaan penggunaan beg plastik yang dilihat semakin meningkat walaupun kempen itu mengenakan caj bagi beg plastik.

    Menurut catatan beliau, kutipan daripada beg plastik di Selangor berjumlah RM4.8 juta sehingga Jun lalu dan dijangka akan meningkat melebihi RM9 juta tahun ini. Ini merupakan peningkatan yang tidak baik jika dibandingkan pada tahun lalu sebanyak RM8.5 juta dan RM6.6 juta pada 2020.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured