More

    ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition dilancar di Malaysia, berharga RM4,999

    Seperti yang diumumkan sebelum ini, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition akan datang ke Malaysia dan ketersediaannya telah didedahkan. Kini, ia secara rasmi telah tersedia di Malaysia daripada penjual semula yang sah dalam kuantiti yang terhad.

    50 pembelian pertama edisi Diablo khas akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM100 serta perlindungan jaminan lanjutan setahun percuma. Sementara itu, AeroActive Cooler 6 untuk Siri ROG Phone 5/5s kini boleh didapati di Malaysia daripada penjual semula yang sah juga. Ia berharga RM349 dan sementara stok masih ada.

    Untuk pengetahuan, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition adalah sama dengan ROG Phone 6 yang dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dengan RAM LPDDR5 16GB dan storan UFS3.1 512GB. Pakej untuk edisi ini termasuk kotak tema Diablo disertakan dengan reka bentuk karton Horadric Cube dan kotak Worldstone.

    Selain itu, terdapat skrol peta dengan tanda tersembunyi dalam dakwat halimunan yang boleh didedahkan menggunakan lampu Fahir’s Light. Bersama-sama ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition, terdapat juga AeroActive Cooler 6 untuk siri ROG Phone 5/5s yang kini mempunyai penyambung USB-C yang diubah kedudukannya.

    AeroActive Cooler 6 mempunyai penyejuk termoelektrik berkuasa AI dan kipas yang meingkatkan aliran udara penyejukan sehingga 20°C. Ia juga dilengkapi dengan empat butang fizikal, pencahayaan Aura RGB dan kickstand tersembunyi. Untuk harga, ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition dijual dengan harga RM4,999.

    Adakah anda berminat untuk memiliki peranti ini? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured