More

    Warna utama untuk siri Samsung Galaxy S23 tertiris

    Samsung dijangka bakal lancarkan siri telefon pintar andalan seterusnya, Samsung Galaxy S23, pada awal tahun hadapan. Seperti siri Galaxy S22 sebelum ini, Galaxy S23 mungkin terdiri daripada Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra.

    Spesifikasi untuk siri Galaxy S23 telah pun tertiris dan kini warna utama (signature colours) untuk telefon itu pula sudah diketahui. Warna utama adalah warna yang akan digunakan untuk setiap material pengiklanan untuk sebuah telefon. Sebagai contoh, warna utama untuk siri Galaxy S21 adalah ungu manakala Galaxy S22 pula adalah merah.

    Menurut sumber, untuk siri Galaxy S23 pula, warna utama yang akan digunakan pada Galaxy S23 adalah emas muda dan emas merah jambu, Galaxy S23+ mempunyai warna merah jambu, manakala Galaxy S23 Ultra mempunyai warna hijau.

    Sudah pasti, Samsung akan melancarkan setiap telefon ini dengan beberapa lagi pilihan warna, tapi warna utama ini mungkin akan digunakan dalam bahan pengiklanannya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sammobile

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured