More

    Samsung Galaxy A14 5G dilancar: Exynos 1330, skrin 6.6″ 90Hz dan kamera 50MP bermula ~RM1,072

    Dalam acara CES 2023 yang berlangsung di Amerika Syarikat, Samsung secara rasmi telah melancarkan telefon pintar siri A pertama untuk tahun 2023. Galaxy A14 5G ialah pengganti kepada Galaxy A13 5G yang dilancarkan tahun lepas. Samsung Galaxy A14 5G menampilkan paparan FHD+ 6.6 inci dengan kadar penyegaran 90Hz dan cipset Exynos 1330 baharu.

    Baterinya berkapasiti bateri 5,000 mAh menyokong pengecasan pantas 15W. Samsung Galaxy A14 5G didatangkan dengan RAM 4GB dan 6GB yang dipasangkan dengan storan 64GB atau 128GB. Ia boleh dikembangkan kepada storan 1TB menggunakan slot mikroSD.

    A14 5G dilengkapi dengan tiga kamera belakang dengan kamera utama 50MP dan kedalaman 2MP serta kamera makro 2MP manakala kamera swafoto dinaik taraf kepada sensor piksel 13MP. Galaxy A14 5G ialah telefon pertama yang dikeluarkan oleh Samsung dengan Android 13 dan One UI (Teras) 5.0 yang diprapasang.

    Kemas kini perisian sistem operasi A14 5G hanya untuk tempoh dua tahun dan empat tahun untuk kemas kini keselamatan. Samsung menawarkan empat pilihan warna iaitu hitam, perak, merah gelap dan hijau muda. Model 4/64GB bermula pada 229 euro (~RM1,072) dan telefon itu akan dijual pada April.

    Namun, Samsung masih belum memberikan kenyataan rasmi tentang ketersediannya dia Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured