More

    Peranti “gaming” Razer Edge dilancar: SD G3X Gen 1 dan AMOLED 6.8″ 144Hz bermula ~RM1,756

    Razer, sebuah syarikat yang terkenal dengan pembuatan produk gaming kini telah melancarkan sebuah peranti gaming pegang tangan baharunya di CES 2023 iaitu Razer Edge. Peranti ini pada asasnya adalah tablet dengan pengawal Razer Kishi V2 Pro yang boleh ditanggalkan dan ia berfungsi seperti Switch apabila digabungkan.

    Ia boleh memainkan game Android dan berasaskan awan. Razer Edge menampilkan paparan AMOLED 6.8 inci dengan resolusi skrin 2400 x 1080 piksel dan kadar penyegaran 144Hz. Peranti ini dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon G3X Gen 1 yang dibina untuk tujuan gaming dan mempunyai sistem penyejukan aktif.

    Ia kini merupakan satu-satunya peranti dalam pasaran yang dikuasakan oleh cipset baharu ini. Peranti ini mempunyai RAM LPDDR5 8GB dan storan dalaman UFS 3.1 128GB yang boleh dikembangkan sehingga 2TB menggunakan kad mikroSD. Terdapat kamera 5MP pada bahagian hadapan peranti dengan sokongan 1080p pada 60fps.

    Ia juga menyokong pembesar suara 2 hala dengan dua mikrofon digital dan Audio Spatial THX. Peranti ini menjalankan sistem pengendalian Android 12L menawarkan akses kepada berjuta aplikasi dan game daripada Gedung Google Play. Ia diprapasang dengan Xbox Cloud Gaming, Nvidia GeForce Now, Steam Link dan banyak lagi.

    Razer Edge tersedia untuk dua varian iaitu Wi-Fi dan 5G. Model Wi-Fi berharga $399.99 (~RM1,756) dan model 5G berharga $599.99 (~RM2,637). Peranti ini bersedia untuk mula dijual di Amerika Syarikat mulai 26 Januari. Namun, kami masih menunggu kenyataan rasmi daripada Razer tentang ketersediannya untuk pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured