More

    Samsung lancarkan sensor kamera ISOCELL HP2 200MP untuk telefon pintar premium

    Samsung Electronics telah melancarkan sensor kamera terbaru untuk telefon pintar andalan seterusnya iaitu ISOCELL HP2 yang menawarkan resolusi sebanyak 200MP.

    Sensor ini berukuran 1/1.3 inci dan mempunyai 200 juta piksel bersaiz 0.6 mikrometer (μm). Samsung berkata jumlah piksel yang tinggi dalam saiz sensor ini boleh membantu pengguna mendapatkan gambar yang jelas dan cantik menggunakan kamera pada telefon pintar mereka.

    Teknologi pixel-binning Tetra2pixel juga boleh mensimulasikan saiz piksel yang berbeza mengikut pencahayaan persekitaran. Sewaktu dalam suasana malap, sensor 200MP ini boleh bertukar kepada 50MP dengan piksel lebih besar iaitu 1.2μm atau 12.5MP dengan piksel 2.4μm, supaya ia boleh menangkap lebih banyak cahaya.

    Bagi meningkatkan kelajuan auto-fokus dalam suasana malap, sensor ini dilengkapi Super QPD yang membenarkan seluruh 200 juta piksel untuk dijadikan sebagai agen pemfokus (focusing agent).

    Sensor ini boleh merakam video sehingga resolusi 8K pada kadar 30 bingkai sesaat (fps) dan ia akan bertukar kepada mod 50MP 1.2μm bagi mengurangkan pemotongan (cropping) dan meningkatkan medan penglihatan.

    Sewaktu mengambil gambar dalam suasana terang pula, teknologi Dual Vertical Transfer Gate (D-VTG) boleh mengelakkan pendedahan cahaya yang terlalu tinggi (overexposure) dan menambah baik penghasilan warna.

    Untuk prestasi high dynamic range (HDR) yang lebih pantas, Samsung memperkenalkan fungsi DSG buat kali pertama dalam mod 50MP. Ia juga mempunyai mod Smart-ISO Pro yang membenarkan kamera untuk mengambil gambar HDR dalam resolusi 12.5MP serta video HDR dalam resolusi 4K 60fps.

    Samsung tidak menjelaskan nama telefon yang akan mempunyai sensor ini, namun kami menjangka ia bakal diperkenalkan dalam Samsung Galaxy S23 Ultra. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...