fbpx
More

    Jualan Hari Valentine HONOR tawarkan rebat RM200 dan hadiah percuma hingga 28 Februari ini

    Hari kekasih semakin mendekat iaitu pada 14 Februari 2023 untuk meraikan simbol kasih saying. Dengan ini, HONOR menawarkan rebat segera RM200 bagi HONOR 70 sempena Jualan Hari Valentine HONOR bermula 6 Februari hingga 28 Februari 2023

    HONOR 70 membawa reka bentuk gelas kristal menghasilkan corak seperti bentuk berlian dengan hanya seberat 178g. Selain itu, ia masih mengekalkan kamera dwi bulatan di bahagian belakang yang terdiri dengan sensor super IMX800 54MP, ultra lebar 30MP, makro 5MP dan kedalaman 2MP manakala kamera hadapan 32MP.

    Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan cipset Snapdragon 778G Plus 5G. Prestasinya turut dibantu oleh bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 66W. HONOR 70 ditawarkan pada harga hanya RM1,799 selepas rebat RM200 beserta sarung telefon percuma.

    HONOR X9a 5G menampilkan skrin OLED berukuran 6.67 inci yang melengkung di bahagian sisi. Ia menawarkan paparan yang sangat kukuh walauun ia jatuh pada ketinggian 2 meter pada permukaan konkrit. HONOR X9a berharga RM1,499 bagi versi 13GB (8GB+5GB) + 256GB termasuk hadiah percuma fon telinga Pembatalan Ultra Hingar, HONOR CHOICE Earbuds X3.

    Akhir sekali, siri HONOR MagicBook hadir dengan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 65W dengan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan TÜV Rheinland Flicker Free untuk mengurangkan keletihan mata.

    Hanya pada Jualan Hari Valentine HONOR, harga yang ditawarkan untuk HONOR MagicBook X 15 i3 versi 8GB RAM + 256GB ROM SSD pada RM2,199, manakala versi i5 8GB RAM + 512GB ROM SSD pada harga RM 2,699. Sementara HONOR MagicBook X 14 yang mampu milik dijual pada harga RM 2,299 untuk versi i3 8GB RAM + 512GB ROM SSD.

    Ketahui lebih lanjut mengenai promosi dan produk baharu HONOR di laman web rasminya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kedua-dua peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    JPJ dan MOT tidak pernah beri kelulusan kepada BJAK untuk pembaharuan LKM dan cukai...

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memberikan perhatian serius terhadap iklan yang dikeluarkan oleh BJAK Sdn. Bhd. berkaitan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor...

    Menteri Pendidikan Tinggi umum Fakulti AI pertama Malaysia akan dilancar pada 10 Mei ini

    Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong permintaan tenaga kerja yang akan dipacu oleh...

    Rekaan dan spesifikasi vivo X100s, X100 Ultra tertiris, storan sehingga 1TB

    vivo dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100s, vivo X100s Pro dan vivo X100 Ultra pada bulan ini. Ia bakal...

    Apple berusaha untuk keluarkan peranti lipat 20.3″ pada 2025 dan iPhone lipat pada 2026

    Apple sedang meningkatkan usahanya dalam membangunkan peranti boleh lipat, di mana penganalisis Haitong International Securities Jeff Pu mengatakan Apple sedang bersiap sedia...

    Apple Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 akan dijual di Malaysia harga bermula...

    Apple telah menyenaraikan dua fon telinga wayarles iaitu Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 On-Ear untuk pasaran Malaysia. Masing-masing membawa reka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X