More

    PICO umumkan pematuhan penuh dengan Standard OpenXR

    PICO, jenama VR (Virtual Reality) dengan inovasi bebas dan keupayaan penciptaan R&D (Research and Development) mengumumkan ia kini mematuhi sepenuhnya standard OpenXR. Ini membolehkan pembangun menjalankan aplikasi OpenXR pada set kepala PICO dengan pengubahsuaian yang minimum. 

    Keluaran SDK (Software Development Kits) terbaharu PICO termasuk beberapa kemas kini ciri yang mematuhi standard OpenXR dan serasi dengan semua set kepala PICO adalah PICO Neo 3 Pro/Pro Eye, PICO Neo3 link, PICO 4 dan PICO 4 Enterprise.

    Untuk pengetahuan anda, OpenXR direka untuk memudahkan pembangunan VR dengan membolehkan pembangun mengakses lebih banyak platform sambil menggunakan semula kod yang sama. Ini bermakna pembangun boleh mendapat manfaat daripada standard OpenXR untuk mencapai kemudahalihan terbaik pada set kepala PICO.

    PICO memperkenalkan set kepala pengguna PICO 4 semua-dalam-satu yang ringan pada September tahun lepas yang boleh digunakan oleh semua orang dengan selesa dan prestasi. Ia telah pun dilancar di Malaysia sejak Oktober 2022 dan dijual pada harga bermula RM1,599.

    Pada bulan Oktober 2022, PICO melancarkan PICO 4 Enterprise, set kepala VR semua-dalam-satu gred komersial yang menampilkan lensa lempeng resolusi tinggi dan nipis serta reka bentuk ergonomik yang ringan. Ini turut diikuti dengan PICO Neo3 Pro dan Neo3 Pro Eye, set Kepala 6DoF semua-dalam-satu generasi akan datang untuk perusahaan. 

    Anda boleh klik pada pautan untuk ketahui lebih lanjut mengenai PICO OpenXR dan tetapan Metadata. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured