More

    Malaysia akan bangunkan 10,000 stesen pengecasan EV menjelang 2025

    Malaysia menyasarkan untuk memasang 10,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) menjelang 2025 melalui Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Beliau berkata kini terdapat lebih 10,000 EV berdaftar di negara ini dan 900 pengecas EV awam. Kementerian juga komited untuk meningkatkan penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui melalui Pelan Pembangunan Penjanaan Bekalan Elektrik 2021-2039 di samping mengukuhkan grid dan membangunkan ekosistem EV.

    Beliau berkata cabaran utama adalah untuk menjadikan EV praktikal dan mampu untuk dibeli oleh semua peringkat masyarakat serta kuasa pasaran sahaja mungkin tidak mencukupi. Justeru, beliau berkata perlu ada inisiatif yang sesuai untuk kedua-dua pengguna dan pengeluar untuk mempercepatkan peralihan kepada penggunaan EV.

    Selain itu, beliau turut menegaskan mempromosikan EV tidak bermakna kerajaan hanya mahu orang ramai membeli kereta elektrik. Beliau berkata negara mesti dan akan berusaha ke arah pengangkutan awam dengan kadar yang murah dan boleh dipercayai dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured