fbpx
More

    Promosi Kembali ke Sekolah HUAWEI tawar diskaun sehingga RM1,000 dan hadiah bernilai sehingga RM1,300!

    Adakah anda terlibat secara langsung dalam ekosistem pendidikan dan memerlukan peranti seperti tablet dan komputer riba? Jika ya, anda boleh mendapatkan tawaran Kembali ke Sekolah HUAWEI dengan diskaun sehingga RM1,000 dan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,300.

    Tawaran istimewa ini tersedia kepada pelajar, guru dan ibu bapa yang menawarkan tablet dan komputer dengan harga mesra bajet. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda membeli atau menukar kepada peranti HUAWEI dengan teknologi terkini. Jom kita tengok apa HUAWEI tawarkan untuk promosi Kembali ke Sekolah!

    Pembelajaran dan pengajaran bersama HUAWEI!

    HUAWEI berdedikasi untuk menyediakan pelajar dengan teknologi yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pelajaran mereka. Kini, warga pendidik boleh menikmati pengalaman pembelajaran dan pengajaran menggunakan tablet dan aplikasi Google pada harga yang berpatutan.

    Semasa Promosi Kembali ke Sekolah ini, anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan komputer riba dan tablet HUAWEI dengan diskaun sehingga RM1,000 dan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,300.

    Tablet terbaik untuk pembelajaran dalam talian

    Bagi mereka yang mementingkan kerja on-the-go dan ringkas, HUAWEI MatePad 10.4 adalah sesuai untuk anda. Ia dilengkapi dengan paparan 2K, pembesar suara yang menyeluruh dan prestasi berkuasa memberi anda pengalaman yang lebih baik untuk kelas atau mesyuarat dalam talian.

    Selain itu, terdapat pilihan paparan yang lebih besar sedikit iaitu HUAWEI MatePad 11. Ia dilengkapi kadar penyegaran 120Hz memberikan anda pengalaman visual yang lebih lancar semasa menyemak imbas atau menonton video dan ia hadir dengan stilus HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua yang membolehkan anda mencatat nota serta melukis gambar.

    Komputer riba terkini dengan diskaun istimewa

    Jika anda sedang mencari komputer riba yang terbaik untuk pembelajaran dalam talian, HUAWEI menawarkan MateBook D15 yang hadir dengan skrin 15.6 inci. Walaupun paparannya besar, MateBook D15 mudah dibawa dan sangat ringan dengan berat 1.56kg.

    Di samping sifat mudah alihnya, MateBook D15 juga menawarkan prestasi yang mantap dengan menggunakan cipset Intel Core Generasi ke-11 dan RAM yang mencukupi bagi anda menyelesaikan berbilang tugas dengan mudah, menukar antara aplikasi dengan cepat dan tidak mengalami sebarang masalah mengenai sangkut (lagging).

    Aplikasi Google kini tersedia pada tablet HUAWEI

    Dengan ketersediaan aplikasi Google, telefon pintar dan tablet HUWEI kini merupakan pilihan yang terbaik untuk pembelajaran dalam talian melalui Google Classroom, Google Meet dan banyak lagi. Hanya dengan beberapa langkah mudah dan anda boleh menikmati aplikasi berkaitan Google seperti Youtube, Google Maps, Google Drive, Google Docs, Google Sheet, Google Slides dan banyak lagi.

    Terdapat beberapa langkah untuk anda ikuti bagi menikmati ciri-ciri yang telah disebutkan di atas. Pertama, buka HUAWEI AppGallery dan muat turun aplikasi Lighthouse. Seterusnya, buka kembali AppGallery, cari dan muat turun mana-mana aplikasi Google. Buka aplikasi Google tersebut dan log masuk ke dalam akaun Google anda. Anda kini boleh log masuk berbilang akaun.

    Selain daripada peranti yang disebutkan di atas, terdapat juga beberapa peranti termasuk HUAWEI Mate 50 Pro, MatePad Pro 12.6, MateBook D 16 dan MateBook X Pro. Kesemua peranti ini juga mempunyai tawaran diskaun dan hadiah yang disediakan.

    Sementara promosi Kembali ke Sekolah HUAWEI berlangsung, kami menyarankan anda untuk menggunakan peluang ini bagi menggantikan peranti yang sedia ada dengan tablet dan komputer riba HUAWEI terbaharu. Tingkatkan pengalaman pembelajaran dengan teknologi terkini daripada HUAWEI!

    Lawati HUAWEI Experience Store atau laman rasmi HUAWEI untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran Kembali ke Sekolah HUAWEI dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Laporan IDC dedahkan HONOR menguasai pasaran telefon pintar di China

    Selain berita tentang ketersediaan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR dalam pasaran Malaysia pada 5 Mei nanti, laporan terbaharu daripada International Data Corporation...

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR tersedia di HONOR Experience Store terpilih pada 5 Mei...

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR yang hangat diperkatakan ketika kemunculannya kini boleh dibeli di kedai HONOR Experience Store terpilih mulai 5 Mei...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X